Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sejuk, berangin dan hujan di serata pulau...

Jan 03, 2021 | 05:30 AM



JIKA anda rasa sejuk sehingga menggigil biarpun tidak berada dalam bilik berhawa dingin sepanjang hari semalam, anda tidak keseorangan.



Sememangnya Singapura kini mengalami cuaca sejuk, basah, berangin dan mencatatkan suhu terendah semalam hingga 12 tengah hari ialah 21.3 darjah Celsius di Newton, kata Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) semalam.



Suhu itu adalah lebih rendah daripada yang dicatat awalnya oleh Khidmat Kaji Cuaca Singapura (MSS), yang meramalkan suhu purata antara 23 darjah Celsius hingga 33 darjah Celsius selama dua minggu pada awal Januari, dan akan turun ke suhu serendah 22 darjah Celsius untuk beberapa hari dalam tempoh tersebut.



Hujan juga tidak menunjukkan tanda reda semalam dengan hujan lebat dicatat di Pasir Ris dan Changi.



"Hujan lebat dan ribut petir dijangka berterusan hari ini, dan dijangka hanya berkurang pada waktu malam (semalam)," kata NEA di Facebooknya semalam.



Menurut Profesor Madya bagi Sains, Teknologi dan Masyarakat di Sekolah Sains Sosial Universiti Pengurusan Singapura, Dr Winston Chow, rekod jumlah hujan tertinggi dalam satu hari mungkin dapat diatasi.



"Jumlah hujan tertinggi dalam satu hari bagi Januari adalah 216.2 milimeter untuk stesen cuaca tidak automatik dan 238.2 milimeter untuk stesen cuaca automatik," katanya di Twitter pagi semalam.



Menurut MSS, minggu pertama tahun baru ini kemungkinan terus hujan dan berangin, dengan hujan renyai-renyai yang sederhana dijangka pada waktu tengah hari sepanjang minggu selama dua minggu.



NEA menyatakan bahawa ini adalah 'lonjakan' pertama pada musim tengkujuh timur laut yang berlaku sekarang.



Ia berpunca daripada tiupan angin di Laut China Selatan yang semakin kuat, menyebabkan hujan lebat di wilayah sekitarnya.



"Biasanya, terdapat dua atau tiga 'lonjakan' sepanjang musim ini," tambahnya.



Oleh itu, Singapura dijangka akan terus mengalami hujan lebat di serata pulau dalam beberapa hari ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >