Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

130 blok HDB di Tampines bakal bersalut cat dingin penyejuk sekitaran dalam program perintis

Aug 07, 2021 | 02:36 PM



SEKITAR 130 blok di Tampines mungkin dapat menikmati sekitaran lebih dingin dengan suhu yang boleh berkurangan 2 darjah Celsius.



Ini setelah satu projek perintis diperkenalkan oleh Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan Majlis Bandaran (TC) Tampines bagi mengecat blok-blok itu dengan cat dingin.



Cat dingin itu mempunyai bahan yang dapat memantul panas matahari bagi mengurangkan pen ye rapan haba panas di permukaan, menurut kenyataan bersama HDB dan TC.



Projek berskala besar itu diper kenalkan di bawah Program Bandar Hijau HDB, yang merupakan satu inisiatif utama di bawah Pelan Hijau Singapura bagi menjadikan negara ini lebih mesra sekitaran di tengah-tengah perubahan iklim.



Tampines TC melancarkan tender bagi kerja-kerja pembaikan dan hiasan semula bagi firma yang berminat menggunakan cat dingin bagi mengecat bahagian pertama melibatkan lebih 20 blok di Tampines Street 83 dan 84.



Baki blok lain akan dicat secara bertahap-tahap mengikut jadual. “HDB memberikan komitmen untuk menyediakan penduduk kami dengan rumah yang bermutu dan sekitaran yang nyaman.



“Kami amat berbesar hati untuk bekerja sama dengan TC Tampines bagi projek perintis yang unik ini,’’ kata ketua pegawai eksekutif (CEO) HDB Encik Tan Meng Dui, dalam kenyataan bersama itu.



Pengerusi TC Tampines dan Anggota Parlimen (AP) GRC Tam pines, Cik Cheng Li Hui berkata usaha itu akan menjadikan Tam pines lebih hijau dan mampan sejajar dengan langkah menjadikan Tampines sebuah model Bandar Eko menjelang 2025.



Sebelum ini, HDB telah bekerja sama dengan Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dalam satu ujian perintis yang kecil di lapan blok di Tuas dan Bukit Purmei antara 2018 dengan 2020.



Dalam ujian itu, mereka memantau kesan cat dingin itu terhadap suhu darjah Celsius di blok-blok itu berbanding menggunakan cat bia sa. Dapatan awal menunjukkan cat dingin itu dapat mengurangkan suhu sehingga 2 darjah Celsius pada siang dan malam hari.



Program Bandar Hijau HDB merupakan rancangan 10 tahun yang menumpukan perhatian terha dap tiga bidang kemampanan serta kehidupan yang nyaman. Ia merancang mengurangkan penggunaan tenaga, mengitar semula air hujan dan mendinginkan bandar-bandar HDB.



Rancangan itu juga melengkapi rancangan yang sudah dilaksanakan atau diuji keberkesanannya di beberapa estet di sini.



Sejak 2005, HDB telah mendo rong usaha mengurangkan penggu na an tenaga sebanyak 10 peratus di estet-estet HDB sehingga tahun lalu.



Melalui Program Bandar Hijau, HDB merancang mengurangkan lagi penggunaan tenaga sebanyak 15 peratus menjelang 2030.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >