Subuh
5:29
Syuruk
6:51
Zuhur
12:54
Asar
4:17
Maghrib
6:54
Isyak
8:08
Halal Food Map
Turn on your location  and discover halal restaurants near you.
Setempat0

Sejumlah 451 kes baru jangkitan Covid-19 direkodkan: MOH

May 19, 2020 | 03:16 PM

KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) melaporkan penambahan 451 kes baharu jangkitan Covid-19 di Singapura.

Jumlah itu sehingga 12 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 28,794 kes. 

Menurut MOH, sebahagian besar kes hari ini melibatkan pemegang Permit Kerja yang menginap di asrama.

Terdapat satu kes melibatkan warga Singapura/Penduduk Tetap.

MOH malam tadi menyatakan, seramai 9,835 pesakit telah pulih dan dibenarkan pulang.

Seramai 1,036 orang masih dirawat di hospital dan kebanyakan berada dalam keadaan stabil.

Seramai 17,450 pesakit Covid-19 yang diisytihar sihat atau menghidap gejala ringan namun diuji positif, diasingkan di kemudahan penjagaan masyarakat

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian