Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sejuta penduduk dijangka divaksin lewat Mac, awal Apr

Warga berusia 70 tahun dan ke atas terima surat vaksinasi dalam tiga minggu terdekat, diikuti warga berusia 60-69 tahun
Feb 20, 2021 | 05:30 AM



SEKITAR sejuta penduduk di sini dijangka menerima vaksin Covid-19 menjelang hujung bulan depan atau awal April sedang lebih banyak bekalan vaksin diimport ke Singapura.



Ini di samping 250,000 orang yang telah menerima vaksin itu sejauh ini, kata pengerusi bersama pasukan bertindak berbilang kementerian bagi menangani Covid-19, Encik Lawrence Wong.



Encik Wong berkata program vaksinasi negara ini mencatatkan kemajuan yang baik.



Ini dapat dilakukan dengan adanya bekalan vaksin Pfizer-BioNTech dan Moderna dalam simpanan, sebelum bekalan vaksin bulanan lebih banyak yang dijangka tiba di sini mulai bulan depan.



Bekalan vaksin pertama Moderna tiba kelmarin.



"Saya rasa kami sedang membuat kemajuan baik dalam hal ini… Menjelang hujung Mac, awal April, lagi sejuta orang dijangka mendapat dos pertama mereka, dan ini akan membolehkan kami meliputi mereka dalam usia 70 tahun ke atas dan juga mereka yang dalam usia 60-an tahun," kata Encik Wong, yang juga Menteri Pendidikan semasa bertemu media selepas mengadakan kunjungan ke pusat vaksinasi di Kelab Masyarakat Jalan Besar semalam.



Langkah memvaksin warga emas berusia 70 tahun dan ke atas di serata negara dijadual bermula lusa, menyusuli satu usaha usaha rintis yang dijalankan di Ang Mo Kio dan Tanjong Pagar pada 27 Januari lalu.



Warga emas dalam kumpulan ini dijangka menerima surat undangan mereka untuk mendapatkan vaksin selewat-lewatnya dalam minggu pertama bulan depan.



Sehingga kelmarin, lebih 5,000 warga emas di kedua-dua estet itu telah menerima vaksin dan mereka telah pun dijadualkan mendapatkan dos kedua, kata Kementerian Kesihatan (MOH).



Setelah itu pemerintah akan menghantar surat undangan kepada warga emas berusia antara 60 dengan 69 tahun untuk mendapatkan vaksin Covid-19 bulan depan.



Vaksinasi bagi golongan ini akan bermula pada hujung bulan tersebut, kata Menteri Kesihatan, Encik Gan Kim Yong, yang juga pengerusi bersama pasukan bertindak Covid-19 itu.



Beliau berharap sebahagian besar warga emas dalam kumpulan ini dapat menerima vaksin mereka dalam bulan pertama selepas vaksinasi dilaksanakan.



Ini akan membolehkan pemerintah membuka peluang kepada lebih banyak kumpulan untuk mendapatkan vaksin, dengan masyarakat lebih luas dijangka boleh mendapatkan vaksin selepas April, ujarnya.



Buat masa ini, terdapat 11 pusat vaksinasi yang sedang beroperasi, dengan tiga lagi pusat sedemikian dijadual dibuka di Bukit Timah, Marine Parade dan Taman Jurong, menjelang Isnin ini.



Secara keseluruhan, sekitar 40 pusat vaksinasi akan disediakan pada April, kata Encik Gan, dengan setiap pusat itu dirancang boleh melakukan sekitar 2,000 vaksinasi sehari.



Meskipun Singapura kini mempunyai bekalan vaksin Pfizer-BioNTech dan Moderna, Encik Gan berkata pemerintah terus prihatin tentang integriti rantaian bekalan dan akan memantau bekalan vaksin ke sini yang boleh terganggu akibat perkembangan di luar negara.



Selain Pfizer-BioNTech dan Moderna, Singapura juga telah membeli vaksin Sinovac dari China.



Namun, Penguasa Sains Kesihatan (HSA) memerlukan lebih banyak data untuk memastikan keselamatannya sebelum ia dilulus bagi kegunaan setempat.



"Jika bekalan tiba tepat pada masanya, kita boleh mencapai sasaran bekalan vaksin mencukupi bagi semua penduduk Singapura menjelang suku ketiga dan kita seharusnya dapat menyelesaikan program vaksinasi kita menjelang hujung tahun ini," kata Encik Gan.



LAPORAN LANJUT: Warga SG digalak respons apabila dipelawa ambil vaksin Covid-19




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >