Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FOKUS BERITA: KESAN KELONGGARAN SEKATAN KE ATAS PEKERJA PENGHANTARAN MAKANAN

Sekatan dilonggar tak jejas khidmat penghantaran makanan

May 21, 2022 | 05:30 AM



SETELAH Singapura melonggarkan kebanyakan sekatan Covid-19 sejak 26 April lalu, permintaan perkhidmatan makanan ke rumah kekal stabil dan tidak menyaksikan kemerosotan.



Ia mencerminkan trend membeli makanan dalam talian mungkin menjadi kebiasaan hidup warga tempatan di sini.



Ini berlaku meskipun tiada had jumlah bagi mereka yang mahu menjamu selera di luar.



Jurucakap foodpanda memberitahu Berita Harian (BH) bahawa permintaan pesanan untuk penghantaran makanan menggunakan wadah aplikasi mereka kekal stabil.



"Permintaan untuk penghantaran makanan di platform kami kekal konsisten, dan kami menjangkakan ini akan berterusan walaupun Singapura terus melonggarkan langkah.



"Kami telah pun melihat perubahan dalam tabiat pembelian pelanggan sebelum pandemik - orang ramai memesan kuantiti barangan yang lebih kecil dengan lebih kerap. Pandemik hanya mempercepatkan apa yang sudah berlaku.



"Pengguna kini mempunyai harapan yang semakin meningkat untuk pesanan tiba dengan cepat, terutamanya untuk barangan makanan,'' ujar jurucakap itu.



Sejak beberapa bulan lalu, beliau menambah, pihak foodpanda juga melihat peningkatan dalam pelanggan yang menggunakan ciri lain dalam aplikasi, selain penghantaran makanan.



Ini termasuk memesan barangan runcit dan barangan isi rumah yang lain dari kedai pandamart dan foodpanda, dan menggunakan ciri "pick-up" untuk pelanggan mengambil dan bawa pulang makanan sendiri.



"Bilangan restoran dan rakan kongsi penjaja di foodpanda juga kekal konsisten, dengan beribu vendor termasuk penghantaran makanan dan kedai-kedai. Rakan kongsi kami mengiktiraf dan menikmati faedah berada di foodpanda, seperti keterlihatan dan peluang yang lebih besar untuk menjangkau kumpulan pelanggan yang lebih luas,'' katanya.



Satu lagi wadah khidmat penghantaran, Grab, juga menyaksikan trend serupa, dengan permintaan penghantaran makanan yang stabil.



"Grab memerhatikan permintaan yang stabil untuk pesanan GrabFood dan GrabMart.



"Kami percaya perkhidmatan penghantaran sentiasa ada kerana pengguna menikmati kemudahan yang dibawanya, dan pandemik ini telah mengukuhkan pilihan ini,'' ujar jurucakap Grab.



Tinjauan BH terhadap warga tempatan juga menunjukkan bahawa mereka tetap menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan meskipun boleh ke luar untuk menjamu selera atau membeli makanan atau bahan keperluan rumah.



Cik Nazeera Agil, 37 tahun, ibu kepada dua anak kecil, berkongsi sewaktu sekatan Covid-19, beliau akan menggunakan khidmat penghantaran makanan kira-kira empat kali seminggu membeli makananan seperti makanan segera, nasi goreng, mi goreng atau apa yang diinginkan anak-anaknya.



"Selepas sekatan dilonggarkan, saya masih membuat tempahan sekitar tiga atau empat kali seminggu sebab ia amat mudah. Oleh kerana saya ada anak-anak kecil, saya cuba hadkan pergi ke luar kerana wabak masih ada," katanya.



Beliau hanya makan di restoran sekali sahaja, tetapi mendapati "harganya lebih kurang sama", lebih-lebih lagi apabila beliau membuat pesanan waktu tempoh promosi, seperti penghantaran percuma waktu minum teh.



Cik Siti Nursarah Nor Hasim, 24 tahun, juga menggunakan khidmat penghantaran makanan tiga hingga empat kali seminggu ketika waktu pandemik.



"Saya memesan kebanyakan makanan segera kerana semua orang di rumah sibuk bekerja jadi tiada masa untuk memasak. Saya masak bila ada masa tetapi tidak hari-hari," kongsi asatizah separuh masa di Masjid Maarof itu.



Bahkan, beliau akui semakin kerap membuat pesanan secara dalam talian sejak melahirkan bayinya, kini dua bulan.



"Mungkin lebih kerap lagi sekarang, kerana saya ada seorang anak jadi tiada masa untuk memasak,'' katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >