Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekatan kunjung perpustakaan pada hari biasa dilonggar

Dec 30, 2020 | 05:30 AM



MULAI Isnin, orang ramai tidak lagi perlu membuat tempahan dalam talian untuk ke perpustakaan awam pada hari biasa, sedang sekatan di perpustakaan dilonggarkan sejajar dengan fasa ketiga pembukaan semula Singapura.



Had masa dalam perpustakaan juga ditiadakan dari Isnin hingga Jumaat bagi membolehkan orang ramai menikmati kemudahan fizikal yang disediakan bagi tempoh lebih panjang.



Dalam kenyataannya semalam, Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) berkata ia akan meningkatkan lagi kapasiti operasi di Perpustakaan Negara, 26 perpustakaan awam dan Arkib Nasional Singapura (NAS) mulai Isnin.



Bagaimanapun, had masa akan dikekalkan pada hujung minggu agar dapat menguruskan orang ramai dengan lebih baik.



Had masa tiga jam ditetapkan bagi kunjungan ke Perpustakaan Negara, Perpustakaan Serantau di Jurong, Tampines dan Woodlands, serta NAS.



Perpustakaan awam lain meletakkan had masa dua jam.



Orang ramai digalak membuat tempahan dalam talian terlebih dahulu bagi slot masa tertentu bagi kunjungan pada hujung minggu.



NLB juga berkata ia akan secara bertahap menyambung semula lebih banyak program awam seperti sesi bercerita dan ceramah untuk karyawan.



Lawatan berpandu bagaimanapun masih belum dapat diteruskan buat masa ini.



Sementara itu, bilangan penonton bagi tayangan awam Arkib Filem Asia di Oldham Theatre di Bangunan NAS akan ditambah dari 50 ke 66 bagi kedua-dua teater dan atrium, kata NLB.



Langkah pengurusan selamat akan diteruskan bagi tempat duduk dalam teater dan untuk mengurangkan pergaulan antara kumpulan.



Satu atau dua tayangan akan diadakan bagi setiap hari tayangan di Oldham Theatre dan program digital akan terus disediakan bagi orang ramai.



Bagi memastikan keselamatan pengunjung, NLB berkata langkah jarak selamat, kawalan kapasiti dan penyahjangkitan kerap akan terus dilaksanakan di semua premisnya.



"Orang ramai yang mengunjungi kemudahan kami perlu memakai pelitup sepanjang masa dan mematuhi had kapasiti di kemudahan kami.



"Dengan penyambungan program, kami juga akan menjalankan pembersihan, sanitasi dan pengudaraan lebih kerap di kawasan program antara sesi," kata NLB.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >