Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekatan lebih ketat, permintaan tinggi, cabaran bagi pekerja penghantaran

May 21, 2021 | 05:30 AM



LAZIMNYA, Cik Erni Suriyati Dewi Ahmad Sukri boleh berehat dan menjamu selera dengan tenang semasa melakukan kerja penghantaran.



Kalau tidak ke kedai makanan, penghantar makanan berusia 33 tahun itu, akan berehat dan makan di bawah kolong blok atau ruang awam seperti taman.



Namun masa rehat seperti ini semakin sukar untuk Cik Erni disebabkan oleh langkah keselamatan Covid-19 yang lebih ketat, dengan adanya larangan makan di luar.



Menurut Cik Erni, kini beliau terpaksa makan atau rehat secara ala kadar dan dengan segera - seperti makan roti semasa mengayuh basikal atau minum air sahaja.



Menjelaskan lebih lanjut, beliau yang melakukan kerja penghantaran makanan sekurang-kurangnya pada hujung minggu berkata:



"Memang sekarang hendak cari tempat untuk makan mahupun berehat untuk seketika adalah susah.



"Dahulu kalau saya ada masa rehat satu jam sebelum syif penghantaran seterusnya bermula, boleh juga saya ke kedai makan sambil berehat. Atau sekurang-kurangnya saya boleh beli makanan dan duduk di kolong blok atau taman untuk makan.



"Tetapi sekarang penghantar seperti saya bukan sahaja tiada tempat makan boleh dituju, tetapi kalau hendak makan di tempat awam, boleh jadi isu.



"Walaupun tidak pernah ditegur oleh orang awam, namun saya pernah makan di tempat awam semasa dalam bertugas dan ditenung oleh mereka yang tidak senang dengan perbuatan itu."



Disebabkan itu, Cik Erni telah memutuskan untuk makan di rumah sahaja atau mengambil makanan ringan sahaja.



"Sejujurnya rasa tidak selamat sekarang kalau saya hendak makan semasa melakukan penghantaran sebab tidak ada tempat yang khusus untuk kami.



"Apatah lagi dengan adanya media sosial, bimbang juga kalau ada orang yang akan tularkan jika mereka nampak kami makan.



"Jadi sekarang kalau boleh saya akan cuba makan di rumah. Tetapi kalau sudah begitu lapar, saya akan hanya makan makanan ringan seperti roti di basikal saya atau sambil mengayuh basikal.



"Kadangkala, saya akan berhenti seketika di tepi jalan yang tidak banyak trafik untuk makan atau berehat," ujar beliau yang sudah tiga tahun bekerja sambilan sebagai pekerja penghantaran makanan.



Maka itu, Cik Erni berharap syarikat-syarikat penghantaran makanan akan ditimbangkan untuk sediakan ruang-ruang khusus untuk pekerja mereka berehat.



"Kami tahu larangan dan langkah jarak selamat semasa Covid-19 ini, namun kami hanya perlukan satu ruang untuk berehat sekejap dan makan, bukan untuk melepak atau berbual-bual.



"Saya juga harap orang ramai tidak akan menghakimi pekerja seperti saya yang kadang kala perlu berehat dalam masa tugasan kami," luah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >