Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekatan lebih ketat wajar walau vaksin beri harapan sempena CNY: PM Lee

250,000 penduduk SG telah terima dos pertama vaksin termasuk pekerja barisan depan dan khidmat penting
Feb 11, 2021 | 05:30 AM



WARGA Singapura boleh menjangka perayaan lebih bebas apabila pandemik berakhir tetapi sekatan lebih ketat adalah wajar pada masa ini.



Namun, sambutan Tahun Baru Cina (CNY) esok diiringi harapan baru dengan adanya vaksin Covid-19, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong, dalam mesej sempena perayaan itu.



Menurut Encik Lee, seramai 250,000 penduduk di Singapura telah menerima dos pertama vaksin Covid-19, termasuk kebanyakan pekerja barisan depan dan khidmat penting.



Penduduk lain pula boleh menjangka menerima tawaran mengambil vaksin tahun ini, jika bekalan vaksin tiba mengikut jadual, kata beliau.



Encik Lee juga mengingatkan penduduk termasuk yang telah mengambil vaksin supaya mematuhi langkah jarak selamat sebelum imun berkumpulan tercapai dan semasa tempoh perayaan ini.



Ini termasuk menerima kunjungan tidak melebihi lapan orang sehari ke rumah dan hanya mengunjungi dua rumah saudara-mara dalam sehari.



"Langkah lebih ketat ini wajar kerana virus sedang merebak di serata dunia.



"Januari lalu, kita melihat bagaimana perayaan akhir tahun di banyak negara lain, di mana ramai orang berhimpun dan tidak berjaga-jaga, menyebabkan gelombang jangkitan baru," kata Encik Lee, yang berkata Singapura harus mengambil teladan ini dan mengelak keadaan sedemikian.



"Saya tahu sekatan ini akan mengurangkan kemeriahan perayaan. Keluarga lebih besar, terutamanya, akan terganggu.



"Namun langkah pencegahan ini perlu untuk memastikan orang tersayang selamat," tambah beliau.



Menggesa semua penduduk mengambil vaksin, Encik Lee berkata penduduk di sini boleh membentuk imun masyarakat jika bilangan orang yang menerima vaksin mencukupi.



"Saya amat menggalakkan supaya semua orang mengambil vaksin apabila tiba giliran masing-masing. Vaksin melindungi kita dan orang tersayang," ujar Encik Lee.



Mengimbas langkah ketat yang diambil untuk mengekang penularan Covid-19 di sini, Encik Lee berkata Singapura telah berusaha sedaya upaya mencegah sistem jagaan kesihatan daripada menjadi terlalu tertekan, meskipun langkah yang diambil teruk menjejas ekonomi.



Namun, menyusuli itu, keadaan Covid-19 setempat kini telah stabil dan Singapura dapat mengelak penularan besar-besaran dan penderitaan yang dialami banyak negara lain, kata Encik Lee.



Tahun lalu, ketua saintis kesihatan di Kementerian Kesihatan (MOH), Profesor Tan Chorh Chuan, berkata sekurang-kurangnya 80 peratus penduduk perlu menerima vaksinasi untuk mencapai imun masyarakat di sini.



Ini bermakna sekitar 4.5 juta daripada 5.69 juta penduduk di Singapura - berdasarkan angka kependudukan terkini dari Jabatan Statistik - perlu menerima vaksin bagi membolehkan Singapura mencapai imun tersebut.



Buat masa ini dua jenama vaksin, Moderna yang dihasilkan di beberapa negara di Eropah dan Amerika Syarikat serta Pfizer-BioNtech yang dihasilkan di Belgium telah diluluskan untuk digunakan di sini.



Bulan lalu, Kesatuan Eropah (EU) melaksanakan kawalan eksport bagi vaksin yang dihasilkan di benua itu, untuk memastikan bekalan vaksin bagi penduduk di sana mencukupi.



Dalam mesejnya, Encik Lee menggesa warga Singapura menunjukkan penghargaan kepada pekerja khidmat penting yang berkorban bekerja semasa tempoh perayaan.



Ini termasuk pekerja jagaan kesihatan, kakitangan pengangkutan, pekerja pembersihan, pekerja asing dan penghantar barang.



Ramai pekerja Melayu, India dan Serani di Singapura akan bekerja pada Tahun Baru Cina, memberi laluan kepada rakan kerja Cina mereka meraikan perayaan tersebut, ujar Encik Lee.



Laporan lanjut: Mesej Presiden Halimah sempena perayaan CNY




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >