Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekatan mula dilonggar di bawah Fasa Tiga secara berperingkat

Jun 14, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA memasuki tempoh pelonggaran sekatan peringkat pertama mulai hari ini, dengan ramai warga melahirkan rasa gembira dan lega dapat keluar bersama dengan lebih ramai anggota keluarga dan rakan.



Namun terdapat juga yang tetap berasa waspada kerana bimbang kes jangkitan Covid-19 boleh bertambah sekiranya orang ramai bersikap sambil lewa dan tidak berhati-hati.



Mulai Fasa Tiga (Kewaspadaan Dipertingkat) ini, orang ramai boleh berkumpul sehingga lima orang, berbanding dua orang di bawah Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkat).



Ini dibolehkan selepas bilangan kes Covid-19 dalam masyarakat kian merosot.



Jika keadaan terus terkawal, makan luar di restoran dan pusat makanan akan dibenarkan pada minggu selanjutnya - bermula 21 Jun - dengan langkah jarak selamat lebih ketat dilaksanakan bagi kegiatan yang dianggap menanggung risiko jangkitan lebih tinggi itu.



Semalam, Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata sekiranya semua terus berada dalam keadaan baik, Singapura boleh melonggarkan lagi langkah pengurusan selamat minggu depan.



"Saya ucapkan terima kasih kepada semua kerana bersabar dengan kami dan mematuhi langkah-langkah diperketat bulan lalu.



"Dalam norma baru, gangguan sedemikian akan berlaku dari semasa ke semasa, tetapi kita masih boleh meneruskan kehidupan kita," kata beliau dalam catatan Facebook.



Pegawai pemasaran, Cik Aida Ismail, 32 tahun, melahirkan rasa lega dengan berita pelonggaran langkah pengurusan selamat, sambil menambah beliau tidak sabar bertemu dengan rakan-rakannya.



"Akhirnya saya dapat berjumpa dengan kawan-kawan saya, dan kami juga boleh makan bersama (pada 21 Jun nanti). Meskipun terdapat had lima orang, saya tetap bersyukur," kata beliau.



Ibu dua anak, Cik Nur Ashikin Mahmood, 33 tahun, pula berkata walaupun beliau gembira dengan kelonggaran itu, beliau tetap berasa bimbang untuk keluar rumah, terutamanya dengan anak-anaknya yang masih kecil.



"Kami mahu bawa anak-anak keluar tetapi kami bimbang sedikit tentang kemungkinan dijangkiti virus jika kami keluar… Sebaliknya, kami rancang adakan program hari keluarga dalam rumah, dengan memesan makanan, adakan permainan dan sebagainya, bersama keluarga kakak saya," kata teknisyen perubatan itu.



Encik Rashid Said, jurutera teknologi maklumat (IT) berusia 42 tahun, berkata beliau dan keluarganya sudah membuat beberapa rancangan termasuk keluar berjalan bersama pada hujung minggu nanti dan juga menghadiri majlis perkahwinan.



Beliau tinggal bersama lima ahli keluarga lain, termasuk ibu, dua adik-beradik, adik ipar dan anak saudaranya. Namun, beliau sekeluarga akan tetap berhati-hati apabila keluar rumah kerana ibunya seorang pesakit barah.



"Kami tetap bimbang tetapi ia tidak dapat dielakkan. Apa yang kami perlu lakukan adalah untuk mematuhi langkah pengurusan selamat dan memainkan peranan kami dalam menjaga keselamatan serta mendapatkan vaksin," kata Encik Rashid.



Pedagang komoditi pertanian, Cik Nurshazwani Khaswan, 26 tahun, berkata perasaannya gembira bercampur prihatin tentang kelonggaran yang diumumkan, namun beliau rasa yakin pemerintah akan dapat bertindak pantas sekiranya keadaan pandemik bertambah buruk.



Tambahnya, keluarga beliau belum membuat sebarang rancangan untuk keluar bersama, lebih-lebih lagi kerana terdapat lapan orang kesemuanya yang tinggal bersama.



"Kami akan berada di rumah saja. Lagipun, di rumah kami boleh kawal kebersihan dan orang yang keluar masuk. Saya rasa tiada masalah jika orang mahu keluar rumah kerana pastinya, mereka rasa bosan jika duduk di rumah saja tetapi mereka perlu mematuhi langkah pengurusan selamat dan bersikap bertanggungjawab secara sosial," kata beliau.




PERINGKAT PERTAMA PELONGGARAN



MULAI HARI INI



  • Had himpun sosial daripada dua kepada lima orang

  • Pengunjung unik ke rumah dinaikkan daripada dua kepada lima sehari

  • Perhimpunan sosial tidak lebih dua setiap hari

  • Tempat tarikan, kapal persiaran, muzium dan perpustakaan dibenar beroperasi pada 50 peratus, naik daripada 25 peratus

  • Acara seperti penayangan filem di pawagam, industri Mice, khidmat keagamaan dan majlis nikah di luar rumah, boleh disambung semula sehingga 250 orang (jika ujian praacara (PET) dijalankan)

  • PET tidak perlu bagi 50 pengunjung atau kurang

  • Majlis nikah di rumah dibenarkan bagi kumpulan sehingga lima orang tidak termasuk anggota isi rumah, atau sehingga 10 pengunjung

  • Khidmat jagaan rapi yang memerlukan pelitup dibuka, seperti rawatan muka, dibenarkan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >