Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekatan pekerja kembali ke pejabat mungkin dilonggar: Josephine Teo

Dec 16, 2020 | 05:30 AM



SEKATAN terhadap pekerja yang kembali ke pejabat mungkin akan dilonggarkan, kata Menteri Tenaga Manusia, Cik Josephine Teo, semalam.



"Pasukan bertindak berbilang kementerian telah membincangkan sama ada sekatan kembali ke pejabat boleh dilonggarkan lagi," katanya kepada wartawan dalam bahasa Mandarin menyusuli satu lawatan ke Singtel.



"Terdapat pengumuman yang akan dibuat dalam masa terdekat. Kami perlukan kesabaran anda untuk menunggu sedikit masa lagi."



Komen Cik Teo dikeluarkan sehari selepas pemerintah mengumumkan bahawa Singapura akan beralih ke fasa ketiga pembukaannya menjelang 28 Disember ini.



Dalam satu ucapan kepada negara melalui televisyen kelmarin, Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong berkata saiz kumpulan yang dibenarkan untuk perhimpunan sosial akan dinaikkan daripada lima kepada lapan orang, dan had bilangan orang di tempat-tempat awam seperti pusat beli-belah, tempat tarikan dan tempat beribadah akan juga dinaikkan.



Vaksin juga akan diberikan secara percuma bagi semua rakyat Singapura dan penduduk jangka masa panjang, dan ia boleh diambil secara sukarela bagi golongan dewasa.



Pekerja asing di beberapa asrama juga akan dibenarkan untuk kembali ke masyarakat sebulan sekali dalam satu skim rintis yang akan bermula suku pertama tahun depan.



Semalam, Cik Teo turut memberi maklumat terkini mengenai Program Pelatih SGUni-ted, sebuah inisiatif bagi lulusan baru untuk meraih pengalaman pekerjaan di tengah-tengah pasaran pekerjaan yang lemah ekoran pandemik Covid-19.



Sehingga awal Disember, lebih daripada 4,700 pelatih telah diletakkan di bawah program itu, katanya.



"Kami sedang berbincang dengan Kementerian Pendidikan (MOE) mengenai pelan masa depan bagi skim Pelatih SGUnited ini," kata Cik Teo.



Menurutnya sekitar 430 pekerja pertengahan kerjaya telah ditempatkan dengan sekitar 170 pertubuhan yang menjadi hos kepada pekerja, di bawah Program Laluan Kerjaya Pertengahan SGUnited, seawal Disember ini.



Program yang berlangsung sehingga sembilan bulan itu membolehkan individu pertengahan kerjaya untuk meraih pengalaman industri serta kemahiran baru untuk mempertingkat kelayakan mereka mendapatkan pekerjaan.



Ia termasuk elaun latihan bulanan sehingga $3,000 dengan 80 peratus daripada jumlah itu dibiayai pemerintah.



Cik Teo berkata program tersebut sekarang mendapat perhatian bakal pekerja tetapi "tidak serancak seperti yang diinginkan".



Salah satu sebabnya ialah beberapa syarikat perlu menyesuaikan program latihan mereka bagi memenuhi keperluan individu pertengahan kerjaya yang telah pun mempunyai pengalaman dan kemahiran selama beberapa tahun.



Selain itu, ramai pencari kerja pertengahan kerjaya lebih gemar tawaran pekerjaan berbanding dengan program penempatan, kata Cik Teo.



"Kami mahu lebih ramai majikan dan pencari pekerja mengambil kesempatan Program Laluan Pertengahan Kerjaya SGUnited, dan dalam melakukan demikian, meneroka dan memanfaatkan pilihan baru yang ada untuk diri mereka," katanya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >