Sekatan, periksa keselamatan sekitar Hotel Shangri-La
May 31, 2019 | 05:30 AM
SEKATAN jalan raya dan pemeriksaan keselamatan lebih ketat dijangka berlaku di Hotel Shangri-La dan kawasan sekitarnya hari ini hingga lusa, menurut kenyataan polis semalam.
Hotel tersebut akan mengadakan Dialog Shangri-La ke-18, mesyuarat keselamatan tahunan yang menghimpunkan menteri dan rombongan rantau Asia Pasifik.