Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:33
Maghrib
7:16
Isyak
8:28
Setempat

SURAT PEMBACA

Sekatan sempadan S'pura-M'sia harus diperkenal segera demi kurangi risiko di kededua negara

Mar 17, 2020 | 05:30 AM

SAYA merujuk kepada laporan, Koronavirus: Warga S'pura dan Malaysia di laluan darat dan laut tidak terjejas oleh larangan sempadan negara Asean (ST, Mac 15, 2020).

Singapura telah melakukan perkara sewajarnya dengan meletakkan larangan kawalan sempadan lebih ketat ke atas beberapa buah negara, termasuk negara Asean.

Namun, agak ganjil bahawa langkah yang perlu itu tidak dikenakan bagi perjalanan rentas sempadan Singapura-Malaysia.

Saya boleh memahami sepenuhnya kesan ekonomi dan logistik larangan sedemikian ke atas Singapura dan jiran terdekat kita - dengan sekitar 300,000 orang menyeberang sempadan setiap hari, di samping pergerakan barangan dan perkhidmatan.

Namun, ekoran keakraban kita sebagai jiran dan kebergantungan antara satu sama lain, kededua negara harus mempercepat langkah larangan tersebut.

Pastinya, dalam keadaan krisis seperti pandemik Covid-19, nyawa jadi cagaran dan harus diberi kepentingan ke atas pertimbangan ekonomi dan lain-lain yang berkaitan.

Ahad lalu, pada 15 Mac, kededua negara, Malaysia dan Singapura, mencatatkan kadar jangkitan tertinggi masing-masing dalam sehari dan jumlah keseluruhan jangkitan di Malaysia pula ialah 428, paling tingi di Asean.

Dengan sekitar 10,000 kes yang disyaki di perhimpunan besar-besaran di Sri Petaling, berhampiran Kuala Lumpur, masih belum dapat dijejak, sehingga larangan sempadan lebih ketat diperkenalkan dengan segera, besar kemungkinan jumlah di Malaysia akan meningkat dengan banyak, sekali gus menjejas Singapura.

Pada masa warga Singapura telah bersetuju untuk melakukan pengorbanan demi kemaslahatan ramai, termasuk penutupan masjid sekurang-kurangnya 14 hari sehingga 26 Mac - sesuatu yang tidak pernah dialami Muslim dalam ingatan saya - saya yakin kita bersedia mengorbankan amalan ke sebarang Tambak untuk tujuan riadah.

Sekarang ini, masa adalah penting.

Saya berharap Kumpulan Kerja Bersama Singapura-Malaysia akan bertindak pantas untuk memperkenal sekurang-kurangnya langkah sementara untuk mengurangi risiko penularan virus ini di kededua negara.

Buat sekian lama, usaha kededua negara mengatasi masalah kesesakan di Koswe menemui jalan buntu. Diharapkan, dalam kes serius ini, hubungan dua hala ini tidak akan mengecewakan kita.

Dr Hussin Mutalib
Jalan Selamat


KONGSI PANDANGAN ANDA

Anda ada pandangan mengenai sesuatu isu?

Kongsi pandangan anda bersama kami menerusi e-mel di bhnews@sph.com.sg.

Sertakan nama penuh dan alamat kediaman anda.

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian