SEKITAR RAMADAN
Sekeluarga tanam azam baru hadapi Ramadan
Ambil kesempatan cuti sekolah untuk beribadah bersama anak-anak
Jun 06, 2016 | 05:30 AM
RAMADAN kali ini, keluarga Encik Mohammad Khalik Sidek dan Cik Rasyidah Sulaiman menanam azam baru.
Mengambil kesempatan cuti sekolah ini, mereka berusaha untuk meluangkan lebih banyak masa bersama tiga anak lelaki mereka, termasuk melakukan ibadah bersama.