Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekilas

Feb 03, 2022 | 05:30 AM



2 maut, 38 cedera dalam letupan bom tangan di Myanmar



YANGON: Dua terkorban, manakala 38 cedera dalam serangan bom tangan pada perhimpunan protentera di timur Myanmar kelmarin, seorang pegawai memberitahu agensi berita AFP ketika proses antirampasan kuasa diadakan di seluruh negara pada ulang tahun pertama rampasan kuasa tentera.



Tiada kumpulan setakat ini mengaku bertanggungjawab atas serangan itu yang berlaku ketika aktivis antirampasan kuasa menyambut ulang tahun rampasan kuasa dengan mogok senyap dan bertepuk tangan bantahan, mengingkari arahan junta.



Pengambilalihan tentera yang menamatkan pemerintahan demokrasi singkat negara Asia Tenggara itu dan menggulingkan pemimpin awam Aung San Suu Kyi mencetuskan protes besar-besaran dan tindakan keras terhadap perbezaan pendapat.



Berjuang untuk menahan tindak balas dan berdepan pertempuran harian, junta sudah membunuh lebih 1,500 orang awam, menurut kumpulan pemantau tempatan.



Penduduk di seluruh hab komersial Yangon dan di bandar Mandalay bertepuk tangan beramai-ramai pada 4 petang dengan wartawan AFP dan penduduk tempatan berkata berakhirnya 'mogok senyap' terhadap rampasan kuasa. - AFP.




Denmark, Norway batal sekatan Covid-19



COPENHAGEN: Denmark dan Norway semalam menjadi dua negara Kesatuan Eropah (EU) pertama membatalkan kebanyakan sekatan yang dibuat untuk memerangi Covid-19.



Menurut pegawainya, langkah itu dibuat walaupun terdapat kes Covid-19 membabitkan varian Omicron.



Denmark tidak lagi menganggap pandemik berkenaan sebagai 'penyakit kritikal sosial' kerana ia tidak membebankan sistem kesihatan, selain negara itu mempunyai kadar vaksinasi yang tinggi.



Perdana Menteri, Cik Mette Frederiksen, ketika temu bual bersama radio Denmark, berkata adalah terlalu awal untuk mengetahui sama ada langkah itu mungkin perlu dilakukan semula.



"Saya tidak berani mengatakan ia adalah benar-benar menjadi selamat tinggal terakhir kepada sekatan Covid-19.



"Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada musim luruh. Sama ada akan muncul varian baru," katanya. - Agensi berita.




WHO: Masih terlalu awal isytihar menang atasi Covid-19



GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam memaklumkan masih terlalu awal untuk negara mengisytihar kemenangan ke atas Covid-19 atau menyerah kalah kepada usaha menghentikan penularan wabak itu.



"Adalah terlalu awal untuk mana-mana negara menyerah kalah atau mengisytihar kemenangan.



"Virus ini berbahaya dan akan terus membiak di depan mata," kata Ketua Pengarah WHO, Encik Tedros Adhanom Ghebreyesus, kepada wartawan.



Beliau berkata demikian ketika mengulas keputusan Denmark dan Norway, negara Kesatuan Eropah (EU) pertama menarik balik semula sekatan domestik Covid-19 walaupun terdapat bilangan tinggi Covid-19 disebabkan varian Omicron yang walaupun lebih bergejala ringan, di samping beberapa negara sedang mempertimbang langkah sama.



"Kita bimbang naratif yang berlaku di beberapa negara disebabkan vaksin dan kadar kebolehjangkitan tinggi Omicron serta kadar keterukan yang rendah tidak lagi mungkin mencegah penularan hingga tidak diperlukan. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >