Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan: UCAPAN PENGGULUNGAN

Sekilas

Mar 03, 2022 | 05:30 AM



Risiko jika hasil jualan tanah digunakan langsung untuk biayai perbelanjaan



TERDAPAT risiko jika pemerintah memanfaatkan secara langsung hasil daripada penjualan tanah untuk membiayai perbelanjaan, kata Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong.



Antaranya, harga hartanah akan turun naik, dan ini akan menjadi satu ketidaktentuan dan menyukarkan perancangan jangka panjang pemerintah.



Selain itu, jika pemerintah sudah biasa dengan penggunaan hasil penjualan tanah untuk membiayai perbelanjaan, pemerintah akan mempunyai kepentingan untuk memastikan harga tanah akan kekal tinggi untuk mendapatkan pendapatan yang tinggi.



Ini akan menjejas ekonomi dan warga Singapura.



"Pendekatan lebih cermat adalah untuk menganggap tanah sebagai aset yang terhad, seperti yang kami lakukan hari ini.



"Kami menjual tanah yang diperlukan bagi pembangunan bandar dan melaburkan hasil penjualan itu seperti yang kami lakukan sekarang untuk menjana pendapatan yang stabil," ujar Encik Wong.



Beliau berkata demikian untuk membidas saranan anggota pembangkang untuk menggunakan hasil penjualan tanah sebagai membiayai perbelanjaan.




Pemerintah pertimbang dedah lebih maklumat mengenai kesan perubahan cukai korporat global



Pemerintah akan mempertimbangkan langkah mengeluarkan lebih banyak maklumat dan anggaran mengenai kesan perubahan cukai korporat di bawah inisiatif Hakisan Dasar dan Peralihan Untung (BEPS 2.0) ke atas Singapura, kata Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong.



Ini demi memastikan terdapat perbahasan yang lebih termaklum mengenainya.



Inisiatif Beps 2.0 ialah usaha global untuk mengenakan cukai korporat minimum sebanyak 15 peratus.



Encik Wong berkata peraturan di bawah Beps 2.0 masih diperhalusi dan dibincangkan secara global.



Walaupun inisiatif itu dijadual berkuat kuasa menjelang 2023, ia belum lagi ditetapkan "kerana banyak butiran masih diusahakan".



Oleh itu, Encik Wong teragak-agak untuk mengeluarkan sebarang angka pada peringkat ini.



Beliau berkata demikian di Parlimen semalam sebagai respons kepada permintaan Ketua Pembangkang, Encik Pritam Singh, mengenai anggaran pemerintah berkaitan inisiatif Beps 2.0.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >