Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekilas

Mar 04, 2022 | 05:30 AM



SLA mahu kenal pasti konsep baru bagi hartanah negara



PENGUASA Darat Singapura (SLA) telah dekati pihak berkepentingan secara meluas untuk kenal pasti konsep baru bagi hartanah negara.



Antaranya ialah dengan memberi nafas baru kepada Gillman Barracks (bawah sekali).



Ini akan memperkenalkan konsep gaya hidup kreatif untuk melengkapi enklaf seni komersil dan menarik lebih ramai orang untuk ke sana.



Menteri Kedua Undang-Undang, Encik Edwin Tong berkata demikian sewaktu ucapan Jawatankuasa Perbekalan kementeriannya semalam.



Beberapa inisiatif kemampanan seperti program menghijau dan pengerahan panel solar juga akan diperkenalkan. Selain itu, SLA juga akan mengubah bekas kampus Sekolah Rendah Loyang (bawah). Tapak pertama, bangunan dua tingkat akan digunakan semula bagi tujuan pusat jagaan kanak-kanak.



SLA juga sedang bekerjasama dengan penghuni berpotensi untuk memperkenalkan elemen kemasyarakatan di tapak berdekatan dengan tujuan mewujudkan masyarakat bersama yang saling melengkapi di tapak itu.



"Usaha ini akan membantu menyuntik kehidupan kepada ruang sedia ada dengan cara yang memanfaatkan perniagaan dan masyarakat," ujar Encik Tong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >