Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekilas

Mar 11, 2022 | 05:30 AM



Lebih 1,500 mulai 20 projek sokong kesihatan mental belia



LEBIH 1,500 individu termasuk orang muda, ibu bapa, penjaga dan karyawan kesihatan mental telah memulakan lebih 20 projek dengan tujuan menyokong kesihatan mental belia, kata Menteri Negara (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Encik Alvin Tan.



Menurut Encik Tan, Rangkaian Kesejahteraan Mental Belia yang dilancarkan pemerintah dua tahun lalu akan diperluas untuk menangani isu kesihatan mental bagi segmen penduduk yang lebih meluas.



"Isu kesihatan mental bukan sahaja menjejas belia... bagi mereka yang boleh meraih manfaat daripada inisiatif ini, rangkaian ini boleh membantu anda mendapatkan khidmat dan inisiatif yang bermakna dengan lebih mudah," ujarnya.




Inisiatif dilancar perkukuh hubungan warga, pendatang baru SG



PERIKATAN bagi Tindakan (AfA) Majlis Integrasi Nasional (NIC) telah dilancar untuk memperkukuh hubungan antara warga setempat dan pendatang baru ke Singapura, kata Menteri Negara (Budaya, Masyarakat dan Belia merangkap Perdagangan dan Perusahaan), Encik Alvin Tan.



Menurutnya, tiga bidang tumpuan akan diberi perhatian termasuk mewujudkan pengalaman dan interaksi bersama menerusi Program Orientasi Masyarakat dan peluang sukarelawan, di mana pendatang baru dan warga setempat boleh berinteraksi secara bermakna.



Kedua untuk mengongsi kisah positif yang memberi inspirasi. Ketiga, memperkasa dan melengkapi lebih ramai untuk berbincang mengenai isu sensitif berkaitan dengan kepelbagaian dan inklusiviti.




Kumpulan kerja semak cara tingkat keharmonian kaum, agama



SATU kumpulan kerja telah ditubuhkan untuk menyemak bagaimana memberikan suntikan baru kepada Kumpulan Keyakinan Antara Kaum dan Agama (IRCC) untuk terus memperkukuh keharmonian kaum dan agama, kata Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong.



Dari sekarang hingga Julai tahun ini, kumpulan kerja itu akan mendekati pelbagai kumpulan berkepentingan secara meluas, mengenal pasti kekuatan dan cabaran yang dihadapi IRCC selain membentangkan saranan mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >