Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekilas

May 15, 2022 | 05:30 AM



Jacinda Ardern sah positif Covid-19



WELLINGTON: Perdana Menteri New Zealand, Cik Jacinda Ardern, disahkan positif Covid-19, menurut pejabatnya dalam satu pengumuman, semalam.



Beliau mengalami gejala sederhana dan akan menjalani kuarantin di rumah selama tujuh hari.



Sebelum ini, Cik Ardern menjalani pengasingan sejak Ahad minggu lalu berikutan pasangannya, Encik Clarke Gayford dikesan positif jangkitan virus itu, dan dijadualkan menyambung semula tugas parlimen pada Isnin ini.



Namun, menurut kenyataan dikeluarkan kerajaan, jadual Cik Ardern yang bakal mengadakan misi perdagangan ke Amerika Syarikat (AS), tidak terjejas.



Butiran perjalanan itu belum disahkan walaupun beliau dijadual menyampaikan ucaptama di Universiti Harvard pada 26 Mei. Namun, Cik Ardern tidak akan hadir ke Parlimen untuk dua pengumuman domestik berprofil tinggi, membabitkan pelan pengurangan pelepasan gas karbon yang dibentangkan esok dan bajet tahunan pada Khamis ini. - AFP.




PM baru Sri Lanka sukar bentuk pemerintah baru



COLOMBO: Perdana Menteri baru Sri Lanka berdepan kesukaran membentuk pemerintah perpaduan dan menghalang krisis ekonomi daripada terus merudum selepas seorang pemimpin kanan pembangkang enggan menerajui kementerian kewangan.



Encik Ranil Wickremesinghe mengangkat sumpah sebagai perdana menteri baru Sri Lanka bagi membawa keluar negara ini daripada kemelut yang berlaku.



Pemimpin berusia 73 tahun itu yakin beliau memperoleh sokongan penuh untuk membentuk pemerintah baru dan sudah merujuk beberapa sekutu bagi tujuan tersebut.



Namun, ahli politik pembangkang, Encik Harsha de Silva secara terbuka menolak tugas menguruskan sistem kewangan negara ini, malah beliau mahu mendesak peletakan pemerintah.



"Rakyat tidak minta terlibat dalam permainan politik dan apa-apa perjanjian, sebaliknya mereka mahukan sistem baru yang menjamin kesejahteraan mereka pada masa akan datang," kata Encik de Silva dalam kenyataan.



Beberapa siri tunjuk perasaan ganas yang berlaku sejak beberapa minggu lalu menyaksikan Encik Mahinda Rajapaksa meletak jawatan sebagai perdana menteri. - AFP.




27 maut dalam kebakaran bangunan komersial di New Delhi



NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 27 maut dan puluhan lagi cedera dalam kebakaran sebuah bangunan di New Delhi, semalam.



Kebakaran tercetus di bangunan komersial setinggi empat tingkat di Delhi Barat pada tengah hari, namun punca kejadian belum dikenal pasti, setakat ini.



"Sebanyak 27 mayat rentung ditemukan dalam bangunan itu, manakala puluhan lagi sedang menerima rawatan," kata Encik Satpal Bharadwaj yang mengetuai operasi Perkhidmatan Bomba Delhi. Sekitar 70 orang berada dalam bangunan itu ketika kejadian.



"Tiada pintu keluar kebakaran dan kebanyakan mangsa meninggal dunia akibat sesak nafas," katanya.



Punca kejadian masih dalam siasatan, manakala bangunan itu digunakan sebagai 'pejabat dan stor untuk bahan pembungkusan kertas'. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >