Subuh
5:28
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:09
Maghrib
6:51
Isyak
8:02
Setempat

Sekilas

Sep 18, 2020 | 05:30 AM

STB dan Visa meterai MOU kaji kesan Covid-19 pada SME

SYARIKAT bayaran digital Visa telah memeterai satu Memorandum Persefahaman (MOU) tiga tahun dengan Lembaga Pelancongan Singapura (STB) untuk mengkaji keperluan syarikat kecil dan sederhana (SME) dalam sektor pelancongan dan gaya hidup yang terjejas akibat Covid-19.

Kerjasama itu akan memberi tumpuan kepada dua bidang strategik untuk menghidupkan semula industri pelancongan setempat, iaitu penyelidikan dan analitik bersama serta kerjasama pemasaran.

Sedang perjalanan antarabangsa dibenarkan semula secara bertahap, Visa dan STB juga akan meningkatkan kerjasama mereka dengan turut mengendalikan pemasaran antarabangsa bersama, menggunakan data dan hasil dapatan daripada penyelidikan mereka bersama.

Sebagai permulaan, STB dan Visa telah menghasilkan satu laporan yang dinamakan 'Kesan Covid-19 pada Pelancongan di Singapura serta Proses Pemulihan dan Transformasi'.

Mereka juga telah membangunkan satu kempen pemasaran untuk meningkatkan kesedaran tentang SME setempat dan menggalak orang ramai berbelanja di dalam negara menerusi promosi kad Visa.


Penerbangan Qantas dalam negara ditempah dalam 10 minit

SYDNEY/SINGAPURA: Satu penerbangan tujuh jam yang ditawarkan Qantas Airways habis ditempah penumpang dalam masa 10 minit selepas ditawarkan.

Namun, penerbangan itu tidak membawa penumpang ke luar negara dan sekadar dalam negara sahaja.

Menurut syarikat penerbangan itu, penerbangan tersebut membawa penumpang menyaksikan kawasan hutan terpencil di timur laut Australia, yang dipanggil Outback, serta Great Barrier Reef dari udara.

Qantas Airways menyertai trend yang semakin popular di Asia, dengan syarikat penerbangan menawarkan penerbangan dalam negara yang berlepas dan mendarat di lapangan terbang yang sama.

Menurut Persatuan Syarikat Penerbangan Asia Pasifik, sekatan perjalanan yang ketat untuk membendung penularan koronavirus itu telah menyebabkan perjalanan antarabangsa merosot 97.5 peratus di rantau ini.

Selain Qantas Airways, syarikat lain yang turut menawarkan penerbangan serupa bagi penerbangan dalam negara termasuk EVA Airways Corp dan ANA Holdings Inc. - Reuters.

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian