Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekilas

Nov 18, 2020 | 05:30 AM



Biden, sekutu perlu pendekatan terselaras terhadap Beijing: Clinton



WASHINGTON: Mantan presiden Amerika Syarikat, Encik Bill Clinton, berkata tempoh pemerintahan panjang presiden China, Encik Xi Jinping, menjejas hubungan Amerika-China, dan memerlukan pentadbiran di bawah kepimpinan bakal presiden Joe Biden dan sekutu mereka mengambil pendekatan lebih terselaras dalam berdepan dengan Beijing.



Bercakap dalam satu perbualan bersama mantan perdana menteri Britain, Encik Tony Blair, dalam Forum Ekonomi Baru Bloomberg, Encik Clinton berkata Amerika boleh memperkukuh kedudukannya dalam rundingan dengan China dengan menarik sama rakan ekonomi dari Eropah dan Asia, yang merupakan sebahagian kerjasama rentas pasifik yang ditinggalkan Encik Trump. - Agensi berita.




Rambut Elvis Presley dilelong pendandan rambut



LONDON: Kisah Raja Rock 'n' Roll, Elvis Presley, sekali lagi menjadi tumpuan dunia apabila beberapa helai rambutnya dijangka dilelong pada harga antara £4,000 ($7,109) dan £6,000 ($10,664).



Rambut penyanyi terkenal itu dijadualkan dilelong pada acara jualan muzik di Hansons Auctioneers di Bishton Hall, Wolseley Bridge, Stafford hujug minggu ini.



Memetik portal Express & Star, rambut Elvis itu dikumpul oleh pendandan rambutnya, Encik Homer Gilleland. - Agensi berita.




Burung merpati 'New Kim' termahal di dunia



BRUSSELS: Seekor burung merpati betina bernama 'New Kim' menjadi burung termahal di dunia selepas dibeli di Belgium pada harga tertinggi dalam sejarah.



Pusat lelong dalam talian Pigeon Paradise (PIPA) mendedahkan merpati itu dibeli pembeli dari China apda harga 1.6 juta Euro ($2.55 juta) Ahad lalu.



Ia memecah rekod jualan merpati jantan 'Armando', yang dijual pada harga 1.2 juta Euro ($1.91 juta) pada tahun lalu. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >