Subuh
5:54
Syuruk
7:16
Zuhur
1:18
Asar
4:41
Maghrib
7:19
Isyak
8:32
Setempat0

Sekilas

Nov 24, 2020 | 05:30 AM

Probesen tiga tahun bagi guru autistik cabul murid 5 tahun

SEORANG guru piano autistik yang mencabul murid berusia lima tahun, semalam dijatuhkan hukuman probesen tiga tahun.

Hakim Mahkamah Tinggi berkata beliau mengambil kira guru lelaki itu, kini berusia 22 tahun, akan menderita kurang setara di penjara akibat keadaannya. Faktor lain seperti kesesuaiannya menjalani probesen dan perkembangan proses pemulihan yang dijalaninya juga diambil kira.

Namun Hakim Pang Khang Chau berkata ini tidak bermakna semua pesalah autistik tidak seharusnya dipenjara, atau khidmat penjara tidak berupaya menjaga orang yang mengalami keadaan tersebut.


Penjara 20 tahun bagi lelaki cabul anak perempuan sendiri

SEORANG lelaki yang dipertanggungjawab menjaga anak perempuan kurang upaya intelektual tetapi mencabul kehormatannya, telah dipenjara 20 tahun.

Lelaki itu, yang tidak boleh dinamakan untuk melindungi identiti mangsa berusia 17 tahun itu, semalam, mengaku bersalah kepada dua tuduhan menyerang remaja itu secara seksual.

Satu lagi tuduhan berhubungan diambil kira oleh mahkamah.

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map