Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekilas

Nov 25, 2020 | 05:30 AM



Guru akui salah lakukan perbuatan tidak senonoh, seksual dengan pelajar



SEORANG guru berusia 33 tahun semalam mengaku bersalah bagi dua tuduhan melakukan perbuatan tidak senonoh dengan seorang kanak-kanak dan satu tuduhan melakukan kesalahan seksual.



Tiga lagi tuduhan, melibatkan seorang lagi mangsa, akan diambil kira semasa mahkamah menjatuhkan hukuman, lapor akhbar The Straits Times.



Guru itu, yang tidak boleh dinamakan untuk melindungi identiti mangsanya, melakukan perbuatan tidak senonoh ke atas dua remaja berusia 15 tahun dalam insiden berasingan.



Salah seorang pelajar itu diketahui menuntut di sekolah guru tersebut mengajar ketika itu. Dokumen mahkamah tidak menyatakan nama sekolah bagi seorang lagi pelajar.




Pegawai ICA didakwa terima rasuah, khidmat seks



SEORANG pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) didakwa menerima rasuah dan khidmat seks daripada dua wanita asing sebagai balasan bagi membantu mereka terus tinggal di Singapura secara sah.



Teo Hwee Peng, 47 tahun, dan dua wanita tersebut - warga China Liang Qinglan, 37 tahun, dan Cheng Wenjuan, 32 tahun - didakwa di mahkamah semalam bagi kesalahan rasuah. lapor akhbar The Straits Times.



Teo, seorang inspektor pusat pemeriksaan, dikenakan 12 tuduhan, manakala Liang dan Cheng masing-masing menghadapi 18 tuduhan.



Cheng juga terkait dengan satu lagi kesalahan serupa melibatkan seorang warga Singapura berusia 42 tahun, Kelvin Lim Chee Wee. Lim menghadapi 14 tuduhan kesalahan menerima rasuah dan khidmat seks oleh Cheng.



Mahkamah diberitahu bahawa Liang dan Cheng didakwa menawarkan khidmat seks dan rasuah tersebut kepada Teo, sebagai balasan bagi bantuan kededua pegawai itu dalam memberi mereka Pas Istimewa.




61 borang cadangan diterima bagi jawatan NMP



SEBANYAK 61 borang cadangan telah diterima bagi pelantikan Anggota Parlimen Dilantik (NMP) bagi Parlimen ke-14.



Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Pejabat Kerani Parlimen berkata 61 cadangan itu diterima hingga tarikh dan waktu tutup penghantaran borang, iaitu 4.30 petang kelmarin.



Ini selepas Jawatankuasa Pilihan Khas lapan anggota yang dipengerusikan Speaker Parlimen Tan Chuan-Jin mengundang orang ramai menghantar nama individu bagi dipertimbang untuk jawatan NMP.



Jawatankuasa tersebut akan menimbangkan permohonan dan pandangan Anggota Parlimen lain bagi permohonan yang diserahkan.



Mereka akan mewawancara calon yang disenarai pendek, memutuskan senarai akhir calon dan menyarankan mereka kepada Presiden, yang akan melantik NMP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >