Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekilas

Nov 26, 2020 | 05:30 AM



Dua lelaki dituduh usik poster pilihan raya



DUA lelaki yang dituduh mengusik poster pilihan raya dalam insiden berasingan didakwa di Mahkamah Daerah semalam.



Lim Song Huat, 48 tahun, dan Constantine Paul, 51 tahun, didakwa melakukan kesalahan di bawah Akta Pilihan Raya Parlimen.



Pilihan raya umum di Singapura diadakan pada 10 Julai.



Mahkamah diberitahu semalam bahawa kedua-dua warga Singapura itu mahu mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut bila mereka kembali ke mahkamah pada 7 Januari depan.




Empat didakwa sertai komplot rasuah $388,000



EMPAT lelaki berusia antara 32 tahun dengan 41 tahun didakwa mengambil bahagian dalam satu komplot rasuah melibatkan lebih $388,000.



Ketika menghadap Mahkamah Daerah semalam, empat lelaki itu - Jeremy Yu Jin Han, 41 tahun; Ong Jiajie, 32 tahun; Darren Zeng Shao Rong, 40 tahun; dan Isaac Lai Zhi Yao, 40 tahun - masing-masing menghadapi tujuh tuduhan di bawah Akta Pencegahan Rausah.



Yu dan Lai dijadual berada di mahkamah lagi pada 30 Disember, sementara Ong pada 21 Disember dan Zhen pada 22 Disember.



Jika didapati bersalah, mereka boleh dihukum denda hingga $100,000, penjara hingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali.




Pemiutang haram dijel 2 tahun 6 minggu dan denda $240,000



SEORANG pemberi pinjaman wang haram memberi pinjaman berjumlah $8,400 kepada sekurang-kurangnya 19 pembantu rumah Filipina dan mengenakan kadar faedah 20 peratus dalam sebulan, lima kali lebih tinggi daripada kadar maksimum sah.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Pavithra Ramkumar semalam berkata kadar faedah itu sangat tinggi, sedangkan kadar maksimum yang ditetapkan di bawah Peraturan Pemberi Pinjaman Wang 2009 ialah 4 peratus.



Tan Boon Teck, 61 tahun, melakukan kesalahan itu walaupun dia tahu perbuatan memberi pinjaman wang tanpa lesen dilarang di Singapura.



Warga Singapura itu dihukum penjara dua tahun dan enam minggu serta didenda $240,000 selepas mengaku bersalah terhadap lapan tuduhan mengendalikan perniagaan meminjam wang tanpa lesen melibatkan $3,900.



Hukuman penjara akan ditambah 16 minggu jika Tan tidak dapat membayar denda itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >