Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekilas

Dec 05, 2020 | 05:30 AM



22 disiasat polis kerana judi, langgar langkah jarak selamat



POLIS sedang menyiasat 22 orang yang disyaki terlibat dalam kegiatan perjudian dilarang dan melanggar peraturan jarak selamat di bawah Peraturan Covid-19 2020 (Langkah-Langkah Sementara, Perintah Kawalan)



Kumpulan 21 lelaki dan seorang wanita itu berusia antara 52 tahun dengan 88 tahun dan ditahan semasa Divisyen Polis Ang Mo Kio mengadakan operasi penguatkuasaan di kawasan Serangoon Rabu lalu.



Di bawah Akta Pertaruhan, sesiapa yang bertaruh dengan seorang pengendali pertaruhan boleh dikenakan hukuman denda hingga $5,000 dan penjara ehingga enam bulan, atau kededuanya.




Bantu pemiutang haram: Warga Russia dihukum jel 14 bulan, denda $30,000



SEORANG warga Russia berusia 22 tahun dipenjara 14 bulan dan didenda $30,000 selepas didapati bersalah bagi dua tuduhan mengganggu orang berhubung kegiatan pemiutang haram dan satu tuduhan menolong pemiutang haram menjalankan operasinya.



Vladimir Danilenko, seorang pelajar peringkat diploma di Singapura, meminjam $400 daripada seorang pemiutang haram yang dikenali sebagai Bro.



Apabila dia tidak dapat melunaskan hutang tersebut, Bro mendesak Danilenko supaya menolongnya menganggu peminjam lain yang gagal membuat bayaran.



Dokumen mahkamah tidak menyatakan nama sekolah atau jurusan yang diceburi Danilenko.




SG dan Eropah selaras proses pensijilan keselamatan pesawat



SINGAPURA dan Eropah telah menjadikan piawaian bagi pensijilan kesalamatan pesawat lebih selaras, untuk membolehkan syarikat penerbangan di sini mendapat kebenaran menggunakan teknologi baru dengan lebih pantas.



Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) dan Agensi Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah (EASA) semalam mengatakan perubahan pada aturan pekerjaan membuka peluang bagi proses pensijilan CAAS dan EASA dilakukan serentak.



Sebelum ini, CAAS hanya boleh memulakan proses pensijilan selepas EASA melengkapkan prosesnya dan memberikan sijil.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >