Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekilas

Dec 22, 2020 | 05:30 AM



MOE ingin lebih selaras pengajaran jantina di sekolah



KEMENTERIAN Pendidikan akan (MOE) memberi perhatian lebih teliti untuk memastikan kandungan berhubung jantina yang diajar di sekolah-sekolah dan institut pengajian lebih tinggi (IHL) lebih diselaraskan.



Menteri Negara (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga) Sun Xueling berkata MOE akan bekerjasama dengan sekolah-sekolah untuk berkongsi sumber berhubung pendidikan jantina dan isu berkaitan seperti sikap hormat menghormati.



Buat masa ini, IHL yang berbeza mempunyai kurikulum tersendiri berhubung pengajaran sikap menghormati dan peranan antara pelajar dengan pelajar, kata Cik Sun, bercakap kepada media selepas menyertai sesi perbincangan dalam talian yag dianjurkan oleh MOE dan Majlis Belia Nasional (NYC) semalam.




Warga SG pertama dilantik ke badan penilaian Unesco



SEORANG pengarah Lembaga Warisan Negara (NHB) akan dilantik ke badan penilaian Unesco, kata badan berkanun itu semalam.



Encik Yeo Kirk Siang akan berkhidmat bagi satu penggal selamat empat tahun, bermula 1 Januari tahun depan. Beliau adalah warga Singapura pertama dilantik ke badan itu.



Pelantikannya oleh jawatankuasa antara pemerintah bagi melindungi warisan budaya yang tidak ketara ke-15 Unesco itu diumumkan di Paris Jumaat lalu.



Encik Yeo, yang berperanan sebagai pengarah bahagian penyelidikan dan penilaian warisan di NHB, akan menganggotai panel antarabangsa 12 anggota.




Ketua pertama tentera laut SG meninggal dunia



Encik S. Jaswant Singh Gill, ketua pertama Angkatan Laut Republik Singapura Angkatan dan tokoh dikenali dalam masyarakat Sikh di sini telah meninggal dunia.



Encik Singh, 97 tahun, meninggal dunia sekitar 10 pagi Sabtu lalu.



The Straits Times melaporkan Encik Jaswant mengalami demam yang disebabkan pneumonia dan sedang bersedia untuk pergi ke hospital sebelum meninggal dunia.



Beliau meninggalkan dua anak lelaki dan empat anak perempuan.



Beliau, yang bersara daripada Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) pada 1972 dengan pangkat Leftenan Kolonel, tiba di Singapura semasa berusia enam tahun dan berperanan penting dalam mempertahankan Singapura termasuk semasa Konfrontasi, konflik antara Indonesia dengan Persekutuan Malaysia antara 1963 dengan 1966.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >