Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekilas

Dec 24, 2020 | 05:30 AM



Jel, sebatan, bagi drebar cabul kehormatan penumpang



DREBAR kereta sewa-privet, Muhammad Hafiz Maksah dikena hukuman penjara lima tahun 10 bulan dan enam sebatan selepas mengaku bersalah kepada tiga tuduhan cabul kehormatan tiga penumpang wanita.



Satu lagi tuduhan cabul kehormatan berhubung mangsa keempat dan satu lagi gunakan kekerasan untuk takutkan mangsa diambil dalam pertimbangan.



Mahkamah diberitahu Hafiz, 27 tahun 'memburu' mangsa menerusi aplikasi Telegram yang menawarkan khidmat sewa-privet yang tidak dikawal undang-undang, seperti Ride Kakis dan SG Hitch.



Ketiga-tiga mangsa, secara berasingan telah menempah khidmat kereta sewa-privet yang ditawarkan Hafiz menerusi wadah itu.



Namun, selepas mengambil penumpang, Hafiz membawa mereka ke tempat terpencil untuk cabul kehormatan mereka.




Penjara bagi jururawat yang tumbuk, tendang penghuni rumah tumpangan



SEORANG jururawat lelaki telah dipenjara 16 minggu selepas mengaku bersalah menyerang penghuni rumah tumpangan warga tua.



Flores Alvin Jay Vargas, 36 tahun, warga Filipina, menendang dan menumbuk penghuni yang menggunakan kerusi roda selepas penghuni itu mengamuk dan sukar dikawal.



Serangan itu menyebabkan penghuni tersebut dimasukkan ke hospital selama tujuh hari.



Flores meminta seorang kakitangan All Saints Home di Jurong East supaya tidak memberitahu sesiapa.



Namun mangsa beritahu seorang saudara yang melawatnya mengenai insiden tersebut.




Pelakon Ah Boys To Men Maxi Lim disiasat langgar peraturan jarak selamat



Pelakon popular Maxi Lim sedang disiasat atas kesalahan tidak mematuhi peraturan jarak selamat semasa mengadakan majlis perkahwinannya Ahad lalu.



Beberapa video dan gambar majlis yang diterbitkan di media sosial menunjukkan Lim, yang menjadi popular selepas beraksi dalam filem Ah Boys To Men, menyertai beberapa permainan di pentas dengan beberapa tetamu tanpa menggunakan pelitup.



Antara tetamu yang dilihat ialah pelawak Fakkah Fuzz dan pelakon lain seperti Charlie Goh, Joshua Tan dan Noah Yap.



Dalam laporannya, The New Paper (TNP) berkata seorang pembaca memberitahu akhbar itu beliau telah melaporkan perkara itu kepada Lembaga Penggalak Pelancongan (STB). Pengarah tenaga manusia hotel dan sektor Tan Yen Nee memberitahu TNP pihaknya sedang menyiasat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >