Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekilas

Dec 25, 2020 | 05:30 AM



Langkah urus selamat ditingkat sedang pengunjung pulau Selatan, Ubin meningkat



LEBIH banyak langkah pengurusan selamat dilaksanakan di Marina South Pier dan Terminal Feri Changi Point selepas bilangan pelawat menuju ke pulau-pulau Selatan dan Pulau Ubin bertambah sejak beberapa bulan lalu.



Ini termasuk mengerahkan duta jarak selamat ke sana, memperuntuk garisan beratur khas di dewan keberangkatan dan kawasan jeti, serta menambah kawasan bagi feri menunggu di Marina South Pier semasa tempoh sibuk pada hujung minggu, kata Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA) semalam.



Langkah-langkah ini bertujuan mengurangkan bilangan orang yang berhimpun, dengan bilangan penumpang feri ke pulau-pulau Selatan bertambah selepas sekatan ke atas perjalanan antarabangsa berkuatkuasa disebab pandemik Covid-19, kata MPA dalam kenyataannya.




Curi motosikal: Lelaki 24 tahun didakwa di mahkamah



SEORANG lelaki berusia 24 tahun telah didakwa di mahkamah semalam kerana disyaki terlibat dalam kes curi motosikal.



Dalam satu kenyataan malam kelmarin, polis berkata ia menerima laporan sekitar 3.50 pagi 22 Disember lalu daripada mangsa yang memaklumkan motosikalnya dipercayai dicuri dari tempat letak kereta di Bukit Batok East Avenue 4.



Hasil siasatan dan dengan bantuan kamera litar tertutup (CCTV) dan kamera polis, pegawai Divisyen Polis Jurong mengenal pasti lelaki berkenaan dan menangkapnya kelmarin.



Motosikal, topi keledar serta kad tunai mangsa yang dilaporkan hilang telah ditemui.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >