Sekilas, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:30
Syuruk
6:53
Zuhur
12:55
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:10
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Sekilas

Dec 29, 2020 | 05:30 AM

Ramalan ekonomi sepanjang tahun diumum 4 Januari

KEMENTERIAN Perdagangan dan Perusahaan (MTI) akan mengeluarkan ramalan awal ekonomi negara bagi suku keempat tahun ini dan sepanjang tahun ini pada 4 Januari nanti.

Menurut kenyataan MTI semalam, kenyataan mengenai ramalan itu yang akan dikeluarkan pada 8 pagi, boleh didapati di laman web MTI, Jabatan Statistik Singapura dan SG Press Centre (http://www.sgpc.gov.sg).

Hasil dalam negeri kasar (GDP) negara ini dijangka merosot di antara 6 dengan 6.5 peratus bagi seluruh tahun ini, menurut laporan Tinjauan Ekonomi Suku Ketiga 2020, awal dari ini. Ekonomi negara mencatatkan pengecutan 5.8 peratus pada suku ketiga tahun ini, berbanding tempoh sama tahun lalu. Namun ekonomi Singapura dianggarkan menyaksikan pemulihan semula pada tahun depan, dengan pertumbuhan di antara 4 peratus dengan 6 peratus.


Cabul kehormatan pesakit, rakan kerja: Penjara, sebatan bagi bekas staf IMH

Halal Home Based Business
Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

SEORANG bekas kakitangan Institut Kesihatan Mental (IMH) dikenakan hukuman penjara empat tahun, sembilan bulan dan seminggu serta 10 sebatan selepas mengaku bersalah kepada empat tuduhan mencabul kehormatan pesakit dan rakan kerja di sana.

Warga Singapura lelaki berusia 36 tahun itu juga mengaku bersalah kepada lagi empat tuduhan serupa. Sebanyak 34 lagi tuduhan serupa juga diambil kiri semasa mahkamah menjatuhkan hukuman.

Dia telah merakam video perbuatannya terhadap wanita-wanita itu, termasuk video rakan kerja yang sedang menyalin pakaian. Dia juga mengambil video dalam skirt, termasuk di stesen MRT Canberra.

Namanya tidak boleh disiarkan atas perintah mahkamah untuk melindungi identiti mangsa.


Aniaya haiwan: SPCA siasat sekumpulan remaja 'main' bola sepak meja dengan katak

SEKUMPULAN remaja sedang disiasat atas kesalahan menganiaya haiwan selepas video menunjukkan mereka bermain bola sepak meja menggunakan katak.

Satu adegan video menunjukkan katak tercampak ke dinding 'gelanggang' foosball itu selepas bola mengena tubuhnya.

Wajah remaja itu tidak boleh dilihat menerusi video, tetapi klip video itu menunjukkan tiga remaja terlibat, termasuk seorang remaja yang merakam video dan seorang remaja perempuan. Persatuan Cegah Kekejaman Ke Atas Binatang (SPCA) berkata ia telah menerima laporan mengenai insiden itu dan memohon maklumat lanjut dikirimkan kepada inspector@spca.org.sg

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map