Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekilas

Jan 06, 2021 | 05:30 AM



212 pemohon kali kedua berjaya mohon flat bawah skim bantu pasangan bercerai



SERAMAI 212 pemohon kali kedua berjaya memohon flat daripada Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dari 2017 hingga 2019 di bawah skim Bantuan untuk Pembeli Kedua (Assist) bagi ibu bapa yang bercerai atau kematian pasangan, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, semalam.



Daripada bilangan ini, seramai 141 pemohon akhirnya menempah flat.



Encik Lee berkata demikian dalam satu jawapan bertulis kepada Encik Don Wee (GRC Chua Chu Kang) yang meminta perangkaan mengenai keluarga yang membeli flat Bina Ikut Tempahan (BTO) di bawah skim tersebut.



Encik Wee juga bertanya adakah HDB akan meningkatkan usia kelayakan skim itu bagi kanak-kanak yang tinggal dengan ibu bapa mereka daripada 18 tahun dan ke bawah, kepada 25 tahun dan ke bawah.



Encik Lee berkata pada 2019, pemerintah telah meningkatkan usia kelayakan bagi skim tersebut daripada 16 tahun dan ke bawah, kepada 18 tahun dan ke bawah.



Kementerian Pembangunan Negara (MND) dan HDB akan terus memantau skim itu dan menyemaknya untuk memastikan ia kekal relevan, kata Encik Lee lagi.




Tiada kenaikan kadar kejadian kes salah laku seks di institusi prauniversiti dan pengajian tinggi: Lawrence Wong



TIADA peningkatan nyata dalam kadar kejadian kes salah laku seks di institusi prauniversiti dan Institut Pengajian Tinggi (IHL) dari 2015 hingga 2019, kata Menteri Pendidikan, Encik Lawrence Wong.



Dalam tempoh lima tahun ini, terdapat sejumlah 205 kes disiplin berkaitan salah laku seks melibatkan kakitangan atau pelajar di institusi tersebut.



Ini melibatkan kes yang berlaku di dalam dan di luar sekolah dan kampus IHL, katanya untuk menjawab soalan Encik Seah Kian Peng (GRC Marine Parade).



Secara purata, terdapat 0.13 kes salah laku seks bagi setiap 1,000 kakitangan dan pelajar setiap tahun.



“MOE dan institusi pendidikan mengambil pendirian tegas terhadap semua kes salah laku seks dan komited menyediakan sekitaran pengajaran dan pembelajaran selamat bagi kakitangan dan pelajar,” ujarnya Encik Wong.




HDB laksana fleksibiliti bagi warga ingin beli flat dua bilik dengan pajakan singkat: Desmond Lee



WARGA emas berusia 55 tahun dan ke atas boleh membeli flat Fleksi dua bilik dengan pajakan lebih singkat, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee. Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) juga telah melaksanakan fleksibiliti dari segi peraturan umur, dengan menilai kes demi kes.



Encik Lee berkata demikian dalam satu jawapan bertulis kepada Encik Gan Thiam Poh (GRC Ang Mo Kio) yang bertanya adakah HDB akan membolehkan penyewa flat HDB untuk membeli flat fleksi dua bilik dengan pajakan lebih singkat mengikut kemampuan mereka.



HDB mempunyai pelbagai sokongan kepada penyewa untuk membeli rumah sendiri, termasuk keutamaan semasa penjualan dan subsidi yang tinggi, kata Encik Lee.



Keluarga pembeli kedua yang layak dan mempunyai kanak-kanak kecil, yang tinggal di flat sewa awam boleh juga membeli flat Fleksi dua bilik di bawah pajakan lebih singkat di bawah Skim Perumahan Permulaan Baru.



Pembeli flat tersebut mesti memilih pajakan yang boleh bertahan untuk menampung mereka dan pasangan mereka hingga usia sekurang-kurangnya 95 tahun.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >