Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekilas

Jan 08, 2021 | 05:30 AM



HCA Day Hospice ditutup sehingga 1 Feb selepas kebakaran



HCA Day Hospice ditutup sehingga 1 Februari selepas satu kebakaran berlaku di ibu pejabatnya di HCA Hospice Care di Serangoon Road Selasa lalu.



Tiada kecederaan dilaporkan.



Pesakit di hospis itu akan dijaga di rumah dan makanan dihantar kepada pesakit yang memerlukan.



Semua pesakit dan keluarga mereka telah diberitahu, kata HCA Hospice Care dalam kenyataannya.



Menurut kenyataan itu, pejabat yang terjejas ialah Blok A di Hospital Kwong Wai Shui. Ia dijangka ditutup sekurang-kurangnya dua bulan bagi kerja pembersihan dan pemulihan.



Semua staf akan meneruskan operasi dari rumah, kecuali staf di klinik yang akan dipindahkan ke pejabat lain.




Lelaki curi wang, rokok bernilai lebih $2,000



SEORANG lelaki berusia 29 tahun dijangka didakwa di mahkamah hari ini kerana mencuri $15,000 dan enam karton rokok bernilai $749 dari sebuah unit di Taman Perusahaan Woodlands E9.



Jenayah itu berlaku pada 23 Disember. Pegawai Divisyen Polis Woodlands menangkap lelaki itu kelmarin, kata polis dalam kenyataannya semalam.



Tujuh paket rokok bernilai $80 turut dirampas.



Polis berkata lelaki itu dikenal pasti melalui rakaman kamera polis dan kamera litar tertutup (CCTV).



Jika sabit kesalahan, dia boleh didenda dan dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun atas kesalahan pecah masuk dan mencuri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >