Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekilas

Jan 19, 2021 | 05:30 AM



Pelajar RP dituduh rakam wanita dalam tandas



SEORANG pelajar Politeknik Republic telah dituduh di Mahkamah Daerah atas kesalahan merakam video seorang wanita yang sedang menggunakan sebuah tandas di Bangunan Masyarakat Jurong West.



Pelajar itu, Gerald Che Hong Yao, 20 tahun, dituduh melakukan kesalahan itu sekitar 11.40 pagi pada 11 Januari.



Dalam kenyataannya semalam, RP berkata Che, seorang warga Singapura, masih berdaftar sebagai pelajarnya.



Kes Che akan dihadapkan lagi ke mahkamah pada 28 Januari dan dia ditahan reman di Institut Kesihatan Mental (IMH) bagi pengawasan psikiatri pada 14 Januari, lapor The Straits Times.




Warga S'pura dibicara kerana membantah di luar Kedutaan AS di sini



SEORANG warga Singapura yang kerap melakukan kegiatan bantahan di sini telah dibicarakan semalam kerana melakukan kegiatan sedemikian di luar Kedutaan Amerika Syarikat di sini.



Yan Jun, 45 tahun, dituduh mengadakan bantahan seorang diri di luar kedutaan di Napier Road itu pada 2 November tahun lalu.



Pendakwa raya mengenakan satu tuduhan menyertai perhimpunan awam tampa permit dan satu lagi tuduhan berkelakuan yang mengganggu ketenteraman.



Tuduhan ketiga enggan menjawab soalan yang diajukan pegawai awam tidak diteruskan.



Perbicaraan dijangka berlangsung sehingga esok.




Penjualan komputer sedunia meningkat 13.1% akibat Covid-19



PENJUALAN komputer dan alat sokongan di peringkat global, termasuk di Singapura, telah meningkat tahun lalu akibat Covid-19.



Bekalan komputer peribadi, termasuk komputer riba yang dijual itu tumbuh 13.1 peratus tahun lalu berbanding 2019, kata syarikat penyelidikan teknologi International Data Corporation (IDC).



Bilangan komputer yang dijual dalam tempoh itu meningkat daripada 268 juta kepada 303 juta.



Dalam laporannya, The Straits Times berkata pertumbuhan itu dikaitkan dengan kegiatan bekerja dan pembelajaran di rumah yang meningkat semasa pandemik tahun lalu.



Kali terakhir pasaran komputer sedunia mengalami pertumbuhan sedemikian adalah pada 2010, apabila komputer riba kecil yang lebih dimampui diperkenalkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >