Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:33
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Penyenggaraan yang dijadualkan: Kami sedang mempertingkat sistem mySPH untuk memberi anda khidmat log masuk lebih lancar. Sebahagian akses bagi log masuk ke mySPH akan terjejas dari 02 / Mar / 21 12:30 PG hingga 02 / Mar / 21 06:00 PG. Anda perlu log masuk semula selepas tempoh penyenggaraan ini. Untuk mendapatkan bantuan, sila tinggalkan butiran hubungan anda di sini dan kami akan hubungi anda. Terima kasih.
Setempat0

Sekilas

Jan 23, 2021 | 05:30 AM

Pasangan didenda ceroboh tanah negara hampir 15 tahun

Selama hampir 15 tahun, seorang arkitek dan isterinya secara tidak sah menduduki kawasan tanah negara seluas 144.2 meter persegi sebelah rumah tiga tingkat mereka di Jalan Tari Zapin di Seletar yang dibina pada 2005 tetapi telah dibiarkan kosong sejak itu.

Pintu pagar utama, jalan masuk rumah, dua tembok sempadan dan pagar rumah itu mengambil tapak tanah negara - yang lebih besar daripada flat lima bilik - sebagai sebahagian hartanah pasangan itu. Sebahagian kolam renang mereka juga termasuk dalam kawasan tanah berkepung itu.

Pencerobohan tersebut ditemui pada 2013 apabila agensi air negara, PUB, melaksanakan projek peningkatan sistem saliran untuk mengurangkan masalah banjir di kawasan itu.

Tan Teck Siong dan isterinya, Cheah Mee Poh - individu pertama didakwa menceroboh kawasan tanah negara di bawah Akta Pencerobohan Tanah Negara - masing-masing didenda $4,000 dan $3,000 bagi kesalahan mereka.

Berita Popular

Tan juga dikenakan denda lagi $5,000 di bawah Akta Kawalan Pembinaan kerana membuat pengisytiharan palsu pada Disember 2005 bahawa kerja pembinaan tidak menyimpang daripada rancangan yang diluluskan.


⅓ warga SG dapati berat badan naik semasa pandemik: Tinjauan

Covid-19 telah menimbulkan beberapa masalah 'berat', dengan hampir sepertiga rakyat Singapura berkata berat badan mereka naik semasa pandemik ini dengan kenaikan purata sekitar lima kilogram.

Meskipun ramai yang mengatakan gaya hidup yang lebih banyak duduk dek aturan kerja di rumah telah menyebabkan perkara itu berlaku, empat daripada 10 responden yang ditinjau berkata mereka bersenam secara lebih kerap.

Ini antara dapatan satu tinjauan dalam talian yang dijalankan syarikat penyelidikan pemasaran Ipsos, yang meneliti bagaimana pilihan kesihatan telah berubah semasa pandemik ini.

Seramai 500 responden, berusia antara 21 dengan 74 tahun, diwawancara antara 23 Oktober dengan 6 November lalu.

Lebih separuh yang ditinjau juga berkata mereka sedang cuba menurunkan berat badan tetapi majoriti - lebih 70 peratus - menambah bahawa ini tiada kaitan dengan kenaikan berat badan semasa pandemik.

Lebih banyak senaman merupakan cara paling popular untuk melangsingkan badan, diikuti dengan mengurangkan pengambilan makanan selain makan secara sihat tanpa berdiet.


Bekas pelakon didapati salah serang pekerja Bangladesh

Bekas pelakon dan pengarah setempat, Ng Aik Leong, yang lebih dikenali sebagai Huang Yiliang, didapati bersalah menyerang seorang pekerja Bangladesh pada 2018.

Warga Singapura itu, yang kini berusia 59 tahun, menggunakan pengikis besi untuk memukul Encik Jahidul dua kali di perutnya dan sekali di kepalanya di Hab Islam Singapura di Braddell Road pada sekitar 4.30 petang pada 11 Disember 2018. Akibatnya, Encik Jahidul mengalami kecederaan pada kulit kepala dan badannya.

Pencarian di laman Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat (Acra) menunjukkan Ng seorang pengarah dua syarikat: Hyl Enterprise yang berurusan dengan kerja sistem paip dan syarikat penerbitan filem Red Group Studio.

Semalam, Hakim Daerah John Ng mendapati bekas pelakon itu bersalah. Ng akan dijatuhkan hukuman pada 26 Februari.

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map