Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekilas

Jan 27, 2021 | 05:30 AM



Konsultan IMDA, pengarah syarikat disyaki menipu lebih $77,000



SEORANG pengarah dan seorang ketua konsultan dari entiti berasingan telah dituduh di mahkamah kerana menipu Persatuan Rakyat (PA) dan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) lebih $77,000.



Jeffrey Ho Kiat, 54 tahun, bekas ketua konsultan di IMDA dan Ng Sok Luan, 42 tahun bekas pengarah di Goldentree Innovations dan Creative Futures Agency masing-masing dikenakan 12 tuduhan menipu di mahkamah semalam.



Dalam kenyataannya, Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) berkata pada 2018, kededua individu itu disyaki bersubahat pada 2018 untuk menyelindungi penglibatan Ho dalam Goldentree.



Kededuanya disyaki mendorong PA membuat pembayaran hampir $35,000 kepada Goldentree dan dua lagi syarikat menerusi pekerjaan yang diberikan kepada syarikat-syarikat tersebut.



Pada tahun yang sama, mereka jua bersubahat untuk menipu IMDA dengan menyelindungi penglibatan Ho dalam Creative Futures.



CPIB berkata kededua Ho dan Ng mendorong IMDA untuk membayar lebih $41,000 kepada Creative Futures dan satu lagi syarikat pada 2018 dan 2019.



Ho dan Ng kini dibebaskan dengan ikat jamin $50,000 masing-masing dijangka kembali ke mahkamah pada 23 Februari.




Denda bagi firma gas, pengarah urusan ekoran letupan maut 2015



FIRMA pembekal gas industri semalam didenda $340,000, sementara pengarah urusannya didenda $45,000 kerana kecuaian di tempat kerja yang menyebabkan ledakan maut pada 2015.



Cik Lim Siaw Chian, seorang pekerja di makmal Leeden National Oxygen itu meninggal dunia serta merta dalam insiden yang berlaku pada 12 Oktober tahun itu. Lagi tujuh orang tercedera. Makmal itu terletak di Tanjong Kling Road di Jurong.



Pengarah urusan syarikat itu Steven Tham Weng Cheong, kini 69 tahun dan syarikat itu, masing-masing didapati bersalah di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja pada 1 Disember tahun lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >