Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekilas

Feb 17, 2021 | 05:30 AM



ComLink diperluas rangkumi 14,000 keluarga



RANGKAIAN sokongan masyarakat atau ComLink, yang menyediakan sokongan dan program bagi keluarga yang tinggal di rumah sewa akan diperluas untuk merangkumi lebih 14,000 keluarga dalam tempoh dua tahun akan datang.



ComLink yang diperkenalkan pada 2019 bertujuan untuk membantu keluarga berpendapatan rendah yang tinggal di rumah sewa.



Ini dilakukan dengan memanfaatkan sumber masyarakat dan usaha sukarelawan untuk memperkasa keluarga kurang bernasib baik.



Sejak diperkenalkan, ComLink telah membantu seramai 1,000 keluarga.



Butiran lanjut inisiatif yang diperluas itu akan disampaikan oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga semasa Perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) di Parlimen lewat bulan ini.




Program Sokongan Inklusif perintis diperkenal



PROGRAM Sokongan Inklusif perintis akan diperkenalkan untuk menyepadukan khidmat pembangunan awal kanak-kanak dan usaha campur tangan awal bagi kanak-kanak berkeperluan khas.



Inisiatif itu diperuntukkan bagi kanak-kanak berkeperluan khas yang memerlukan sokongan campur tangan awal di tahap sederhana.



Ini dapat membantu kanak-kanak itu, yang kebanyakannya sudah dihantar ke pusat prasekolah, untuk melibatkan diri dengan lebih bermakna lagi di samping kanak-kanak lain.



Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Heng Swee Keat berkata langkah tersebut akan memberi manfaat kepada semua kanak-kanak dan membantu mereka membina kemahiran sosial dan sikap inklusif.



Kata Encik Heng: "Untuk mengukuhkan kompak sosial, kita perlu memastikan peluang sama rata bagi semua dan memberi sokongan kepada segmen masyarakat yang lebih memerlukan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >