Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekilas

Feb 20, 2021 | 05:30 AM



Wanita dihukum penjara, denda kerana sedia khidmat lacur



SEORANG pengasas agensi peragawati dan khidmat teman sosial dihukum penjara lima bulan dan denda $920 semalam kerana menyediakan khidmat pelacuran dan mengambil sebahagian hasilnya.



Farlynda Tan, 38 tahun, juga mengarahkan seorang remaja yang digajikannya memberi khidmat seks kepada dua klien. Dia mengaku bersalah terhadap dua tuduhan menggajikan wanita sebagai pelacur dan memakan hasil pelacuran.



Tan, yang pernah bertugas sebagai peragawati dan teman sosial, mengendalikan syarikat bernama Elixir Event selama empat tahun sebelum ditangkap November 2019.



Dia mengenakan bayaran antara $1,300 dengan $1,500 bagi setiap khidmat pelacuran dan mengambil 40 peratus daripada bayaran itu.




Pencabul bersiri dipenjara lagi kerana cabul, curi



SEORANG lelaki, yang pernah ditangkap kerana mencabul kehormatan lapan wanita, dipenjara lagi semalam bagi kesalahan serupa, termasuk terhadap seorang remaja perempuan berusia 13 tahun.



Dalam kesalahan terbarunya, pencabul bersiri Lawrence Goh Koon Yong, sekarang 39 tahun, menganiaya tiga orang mangsanya.



Selain remaja perempuan itu, Goh mendesak seorang wanita berusia 19 tahun supaya mengadakan hubungan seks dengannya dan mencuri sepasang kasut daripada mangsa ketiga.



Goh, seorang warga Singapura, dijatuhkan hukuman penjara dua setengah tahun selepas mengaku bersalah terhadap dua tuduhan mencabul kehormatan dan satu tuduhan mencuri.




App barang dapur China dapat modal $2b, termasuk dari Temasek



SEBUAH aplikasi beli-belah barang dapur yang digunakan di China mendapat pendanaan baru AS$2 billion ($2.65 bilion), termasuk dari syarikat pelaburan Singapura, Temasek.



Aplikasi bernama Xingsheng Youxuan itu mengumpul modal tersebut daripada beberapa entiti berbeza, menurut beberapa sumber rapat dengan syarikat itu. Selain Temasek, mereka adalah firma ekuiti privet FountainVest Partners, Primavera Capital Group, KKR & Co, Tencent Holdings dan China Evergrande Group.



Firma pemilik aplikasi itu bernilai $6 bilion sebelum pendanaan terbaru itu. Jurucakap pihak terlibat, termasuk Temasek, enggan beri komen atau belum memberi respons kerana perkembangan belum diumumkan. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >