Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekilas

Mar 05, 2021 | 05:30 AM



Pelbagai idea diteroka tangani flat awam di lokasi utama



Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee berkata membataskan jumlah pembeli flat jualan semula atau mengenakan tempoh pendudukan minimum yang lebih lama adalah antara idea yang sedang diterokai untuk projek perumahan awam masa depan di lokasi utama.



Satu lagi saranan untuk model perumahan baru ialah melaksanakan sekatan ke atas pemilik rumah semasa menyewakan flat-flat ini.



Ini bagi memastikan perumahan awam kekal inklusif untuk semua warga Singapura, kata Encik Lee.




Model perintis izin warga bujang mohon flat sewa sendiri



Golongan belum berumah tangga boleh memohon untuk flat sewa awam tanpa mencari rakan flat untuk dikongsi terdahulu di bawah satu model perintis baru yang akan diperkenalkan lewat tahun ini, kata Menteri Negara Pembangunan Negara, Dr Muhammad Faishal Ibrahim.



Model alternatif Skim Berkongsi Flat untuk Warga Bujang (JSS) itu bertujuan membantu mereka yang tidak dapat mencari rakan untuk berkongsi flat, kata Dr Faishal.



Di bawah model JSS yang ada sekarang, dua atau lebih individu belum berumah tangga boleh secara bersama memohon untuk sebuah flat sewa.




Program perintis sepadu khidmat bandaran di Tampines



Satu program perintis akan dijalankan bagi menyepadukan khidmat perbandaran di Tampines lewat tahun ini.



Percubaan enam tahun itu bertujuan membangunkan model baru yang memusatkan peruntukan perkhidmatan perbandaran di bawah satu pengendali, mengurangkan tuntutan tenaga kerja dan memperbaiki mutu khidmat kepada penduduk.



Ini diumumkan oleh Menteri Negara Kanan Pembangunan Negara, Cik Sim Ann.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >