Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekilas

Mar 10, 2021 | 05:30 AM



Penjara 33 tahun bagi bapa cabul tiga anak perempuan dari kecil



SEORANG lelaki berusia 55 tahun yang mencabul kehormatan semua tiga anak perempuannya sepanjang 14 tahun, dihukum penjara 33 tahun semalam.



Lelaki yang bekerja sebagai pekerja pembersihan itu menganiaya anak perempuannya apabila mereka berusia sekurang-kurangnya 11 tahun.



Namanya tidak boleh disiar kerana perintah mahkamah bagi melindungi identiti anak-anaknya, yang kini berusia antara 13 tahun dengan 26 tahun.



Kesemua anaknya didapati mengalami masalah psikologi akibat penganiayaan itu, dan anak keduanya berada dalam kemurungan.



Lelaki itu tidak boleh dihukum sebat kerana berusia lebih 50 tahun.




Bayar gaji kurang: Pengasas Twelve Cupcakes didenda $65,000



Pengasas bersama Twelve Cupcakes, Jamie Teo Chai-Lin, didenda $65,000 semalam kerana gagal menghalang syarikat penjual kek cawan itu membayar gaji kurang kepada pekerja asing yang digajikannya.



Teo, 43 tahun, yang juga seorang artis televisyen dan bekas model, mengaku bersalah pada 4 Februari terhadap 10 tuduhan di bawah Akta Menggajikan Tenaga Manusia Asing.



Sebanyak 14 tuduhan diambil kira semasa hakim menjatuhkan hukuman.



Teo mengaku bersalah bersikap cuai hingga membayar gaji kurang kepada kakitangannya. Mahkamah diberitahu bahawa gaji sebanyak $98,900 masih belum dibayar.




Berus gigi tersumbat dalam tekak budak: Amah dijel 8 minggu kerana cuai



SEORANG pembantu rumah dipenjara lapan minggu kerana perbuatan cuai yang menyebabkan berus gigi tersumbat dalam tekak seorang kanak-kanak berusia dua tahun.



Chi Nar Paw Tan, 24 tahun, seorang warga Myanmar, menoleh ke tepi semasa memberus gigi anak majikannya itu.



Tanpa disedari, berus gigi sais kanak-kanak sepanjang 15 sentimeter itu tersumbat dalam tekak kanak-kanak tersebut, menyebabkan kanak-kanak itu terpekik dan muntah darah.



Dia dibawa ke hospital dan forseps digunakan untuk mengeluarkan berus gigi itu.



Mahkamah diberitahu Chi ditangkap pada hari itu. Pesalah boleh dipenjara hingga setahun atau didenda hingga $5,000 bagi kesalahan menyebabkan kecederaan ke atas kanak-kanak berusia bawah 14 tahun akibat perbuatan cuai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >