Sekilas, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

Sekilas

Mar 24, 2021 | 05:30 AM

Piawaian industri rel dilancar

INDUSTRI rel di sini telah melancarkan piawaian kereta api pertama yang bertujuan mengurangkan kesilapan dalam perhubungan dan memperkukuh persefahaman antara pihak berkepentingan dalam industri.Antara pihak berkepentingan utama yang menyertai usaha ini adalah dua pengendali kereta api SBS Transit dan SMRT.

Piawaian bagi tiga bidang kerjasama pertama adalah berhubung terma dan perkataan yang digunakan bagi landasan Permanent Way, cara landasan ini disenggara, dan kata rujukan yang digunakan bagi menguruskan aset rel.

Piawaian itu dilancarkan oleh Menteri Pengangkutan Ong Ye Kung di Hotel Shangri-La semalam .

Pukul ibu: Bekas pelajar NUS dijel 56 minggu

Discover Malay Home Based Businesses

SEORANG bekas pelajar Universiti Nasional Singapura (NUS) yang menggunakan mangga besi untuk memukul bahagian bawah perut dan menumbuh muka ibunya telah dikenakan penjara 56 minggu.

Andy Koh Ju Hua, yang menuntut di NUS dalam kursus sarjana semasa melakukan kesalahan itu mengaku bersalah pada 16 Mac kepada empat tuduhan mencederakan wanita berusia 68 tahun itu.

Koh, yang kini berusia 30 tahun, juga tidak membenarkan wanita itu mandi atau berbuat bising di rumah.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map