Subuh
5:38
Syuruk
6:54
Zuhur
12:59
Asar
4:00
Maghrib
7:01
Isyak
8:10
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Sekilas

Mar 25, 2021 | 05:30 AM

Ketua eksekutif baru di SLA

KEMENTERIAN Undang-Undang semalam mengumumkan ia telah melantik Encik Colin Low sebagai ketua eksekutif baru Penguasa Tanah Singapura (SLA).

Pelantikan itu berkuat kuasa pada 12 April ini.

Encik Low mengambil alih jawatan itu daripada Encik Tan Boon Khai, yang dilantik sebagai ketua eksekutif JTC Corporation pada 1 September tahun lalu.

Encik Low, 44 tahun, yang buat masa ini merupakan ketua eksekutif Frasers Hospitality Trust, berpengalaman sekitar dua dekad dalam pelaburan dan pembangunan perniagaan korporat.


Jutawan Indonesia derma $1j kepada NTU

SEORANG peniaga dari Indonesia, Dato' Sri Dr Tahir, telah menderma $1 juta kepada Universiti Teknologi Nanyang (NTU) sempena hari lahirnya.

Wang itu akan dipadankan dengan geran daripada pemerintah untuk membentuk dana endowmen $2.5 juta bagi memberi dermasiswa kepada mahasiswa kurang kemampuan di NTU.

Dr Tahir, jutawan yang juga pengasas Mayapada Group, antara syarikat terbesar di Indonesia yang mempunyai cabang perniagaan dalam sektor khidmat kewangan, jagaan kesihatan dan hartanah, telah menuntut di NTU pada 1973.

Menurut Dr Tahir, beliau menerima biasiswa daripada NTU pada ketika itu dan beliau berharap hadiahnya kepada NTU itu dapat membantu pelajar yang memerlukan.


Pelan 10 tahun bantu tukang paip tingkat kemahiran

TUKANG paip tidak lama lagi boleh mempertingkat kemahiran bagi mendapatkan pekerjaan lebih baik di sini.

Satu pelan 10 tahun bagi operasi dan teknologi syarikat khidmat tukang paip dalam ekonomi baru telah dilakar, termasuk bagi latihan tukang paip dan memperoleh teknologi baru.

Semalam, U SME, unit khas bagi syarikat kecil dan sederhana (SME) di Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Persatuan Khidmat Tukang Paip Singapura (SPS) dan tujuh SME untuk membantu sektor itu menjalani transformasi.

Terdapat sekitar 9,000 tukang paip berlesen di sini, dengan lebih tiga suku jumlah ini berusia lebih 50 tahun.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3