Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekilas

Mar 30, 2021 | 05:30 AM



Jel 12 tahun, 10 sebatan kerana rogol wanita mabuk



SEORANG pengurus kelab malam yang merogol perempuan yang tidak sedarkan diri di sebuah chalet telah dikenakan hukuman penjara 12 tahun tiga bulan dan 10 sebatan semalam.



Yap Chun Chieh, 41 tahun telah mengaku bersalah kepada satu tuduhan merogol dan satu tuduhan mencabul kehormatan wanita itu.



Yap antara sekumpulan lelaki yang membawa mangsa, yang berusia 24 tahun pada ketika itu, ke chalet di D'Resort @Downtown East pada 17 September 2018.



Di sana, mangsa yang dalam keadaan mabuk telah dirogol oleh Yap dan diperlaku secara seksual oleh Tay Boon Huat, 29 tahun. Seorang lelaki lain Gan Soon Chai, 35 tahun merakamkan serangan itu di telefon bimbitnya.



Tay telah dihukum penjara 10 tahun tiga bulan dan lima sebatan, sementara Gan dikenakan hukuman penjara 15 bulan dan denda $20,800.




Jel bagi warga emas yang serang pasangan bapa dan anak dengan pisau



WARGA emas yang menyerang seorang bapa dan anaknya dengan pisau di sebuah kedai kopi berhampiran Bendemeer Road pada Ogos lalu telah dihukum penjara 10 bulan, semalam.



Geo Kim Hock, kini berusia 73 tahun, mempunyai sejarah penyakit mental, tetapi butiran penyakit ini tidak disertakan dalam dokumen mahkamah.



Geo sedang menjalani perintah rawatan mandatori (MTO) bagi kesalahan lebih awal, yang juga tidak didedahkan, apabila di menyerang pasangan itu.



Pesalah yang diberikan MTO perlu menjalani rawatan untuk menangani isu-isu mental supaya tidak menjalani hukuman penjara.



Geo telah melanggar MTO dan semalam, diperintah menjalani hukuman penjara lagi tiga minggu.



Dia akan dihantar ke Institut Kesihatan Mental (IMH) selepas menjalani hukuman.




RSAF mula terima helikopter H225M untuk ganti Super Puma



ANGKATAN Udara Republik Singapura (RSAF) sudah mula menerima tempahan tiga helikopter H225M di Singapura untuk menggantikan helikopter Super Puma yang telah digunakan sejak 1983.



RSAF berkata ia akan menjalankan penerbangan ujian dan latihan menggunakan helikopter H225M, yang dihasilkan oleh pengeluar kapal terbang Airbus.



"Apabila mula berkhidmat, helikopter H225M akan mengambil alih peranan Super Puma," tambah RSAF, menulis di Facebook.



Helikopter H225M mempunyai keupayaan jarak jauh lebih 20 peratus berbanding helikopter AS332M Super Puma dan bersama helikopter CH-47 memenuhi keperluan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) bagi berbilang operasi, kata RSAF.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >