Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekilas

Apr 07, 2021 | 05:30 AM



Lelaki dipenjara, disebat cabul kanak-kanak



SEORANG pegawai sokongan operasi di sekolah rendah dihukum penjara 14 bulan dan satu sebatan selepas mengaku bersalah mencabul seorang murid lelaki di tempat kerjanya.



Chong Choon Ying, seorang warga Singapura yang berusia 48 tahun, telah memeluk kanak-kanak berusia lapan tahun itu beberapa kali semasa mereka bersendirian dan pada 2017, menyentuh bahagian peha kanak-kanak tersebut.




Lima hujung minggu panjang tahun depan



PENDUDUK setempat boleh menjangka lima hujung minggu panjang pada tahun depan, tambahan satu hujung minggu berbanding tahun ini, menurut warta yang dikeluarkan Kementerian Tenaga Manusia (MOM). Ini kerana tiga hari cuti umum pada 2022 jatuh pada Ahad, sementara lagi dua hari akan jatuh pada Isnin. Satu lagi hari cuti umum jatuh pada Jumaat.



Ada juga hujung minggu yang berlanjutan sehingga empat hari. Hari Pekerja dan Hari Raya Aidilfitri jatuh pada hari berturut-turut iaitu pada 1 Mei (Ahad) dan 2 Mei (Isnin), yang bermakna hari selanjutnya, pada 3 Mei (Selasa) juga hari cuti umum.




Pegawai kanan NParks didakwa terima rasuah



DUA bekas pegawai kanan Lembaga Taman Negara (NParks) didakwa di mahkamah semalam kerana menerima rasuah dalam bentuk penginapan hotel bernilai sekitar $260.



Teva Raj Palanisamy, kini 69 tahun, bertugas sebagai pengarah kanan di bahagian landskap perbandaran NParks dan Johnny Go Kau Chai, kini 51 tahun, bertugas sebagai pengarah jabatan yang sama. Mereka tidak lagi bertugas di sana.



Mereka dikatakan menerima rasuah untuk memberi layanan khas kepada Ho Eng Huat Construction dengan NParks di Macau pada 2018.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >