Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekilas

Apr 16, 2021 | 05:30 AM



Pelajar mengaku salah buat laporan polis palsu



SEORANG pelajar berusia 20 tahun mengaku bersalah kerana membuat laporan polis palsu.



Tharuna Thirunavukkarasu, pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Timur, memberitahu polis bekas teman lelakinya telah menyerang dan memaksanya memasuki van.



Polis, selepas menyiasat, mendapati insiden itu tidak berlaku.



Tharuna membuat laporan palsu kerana dia keluar bersama rakan-rakannya pada 19 Januari dan tidak mahu dihukum penjara.



Pada tarikh tersebut, Tharuna masih perlu mematuhi perintah berkurung dan syarat e-tagging selepas dilepaskan dari pusat pemulihan di bawah skim penyeliaan latihan pemulihan (RT).



Dia ditahan di sana bagi menjalani hukuman yang dikenakan pada September 2018 bagi kesalahan yang tidak dinyatakan dalam dokumen mahkamah.



Tharuna kini ditahan reman dan dijangka dijatuhkan hukuman pada 6 Mei.




Pemiutang haram: Remaja 15 tahun ditangkap



SEORANG remaja lelaki berusia 15 tahun ditangkap kerana disyaki terlibat dalam kes gangguan oleh pemiutang haram di Choa Chu Kang, kata polis semalam.



Pada 31 Mac, polis diberitahu tentang insiden melibatkan pagar di unit perumahan di Choa Chu Kang Street 54 yang dimangga menggunakan mangga basikal.



Nota pemiutang juga ditinggalkan di luar unit itu.



Selepas melakukan siasatan, pegawai Divisyen Polis Jurong mengenal pasti remaja tersebut dan menangkapnya kelmarin.



Siasatan polis masih diteruskan.




300,000 meter air bijak mula dipasang



SP Services akan memasang 300,000 meter air bijak pertama di Singapura mulai awal tahun depan, sebagai sebahagian rancangan negara mendigitalkan sistem bekalan air di sini.



Meter yang menggunakan teknologi digital untuk memantau penggunaan air dan kebocoran di rumah akan dipasang di rumah serta bangunan komersial dan perusahaan di tujuh lokasi secara percuma, kata agensi air negara PUB semalam.



Lokasi yang telah dipilih adalah estet perumahan baru di Tampines North dan Tengah serta di Bukit Batok, Hougang, Jurong West, Tampines dan Tuas.



Fasa pertama program meter air bijak PUB dijangka lengkap pada 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >