Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekilas

Apr 30, 2021 | 05:30 AM



PayNow dihubungkan dengan PromptPay di Thailand



SISTEM pembayaran setempat PayNow, yang membolehkan individu memindahkan wang menggunakan nombor telefon bimbit kini dihubungkan dengan versi serupa bernama PromptPay di Thailand, kata Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Bank Thailand (BOT) dalam kenyataan bersama.



Hubungan antara sistem pembayaran pantas dua negara itu adalah yang pertama di dunia, kata kenyataan itu.



Tiga daripada 12 bank PayNow di Singapura kini menyertai skim tersebut - DBS, OCBC dan UOB.



Mereka menyertai empat bank di Thailand, Bangkok Bank, Kasikorn Bank, Krung Thai Bank dan Siam Commercial Bank.



MAS dan BOT berkata mereka akan menambah bilangan bank yang menyertai skim itu secara bertahap dan menaikkan had wang yang boleh dipindahkan untuk membolehkan ia digunakan bagi urusniaga perniagaan.



Skim PayNow-PromptPay itu membolehkan pelanggan memindahkan wang sehingga $1,000 atau 25,000 baht ($1,060) sehari, antara kededua negara dengan menggunakan telefon bimbit mereka.




Wanita curi baucar Belanjawan 2020 bernilai $10,800 dipenjara 48 minggu



SEORANG wanita yang mencuri baucar barang dapur Belanjawan 2020 bernilai $10,800 bersama suaminya, semalam dikenakan hukuman penjara 48 minggu.



Tanty Yohaida Samad mengaku bersalah kepada 15 tuduhan mencuri melibatkan $2,250.



Lagi 57 tuduhan melibatkan baki jumlah yang dicuri diambil kira semasa mahkamah menjatuhkan hukuman.



Tanty, 45 tahun yang dilepaskan dari penjara pada 2019 bagi kesalahan yang tidak dinyatakan dalam dokumen mahkamah, telah mencuri baucarbaucar milik jirannya semasa tempoh pengurangan hukuman penjara.



Dia kini perlu meringkuk lagi 121 hari dalam penjara kerana melakukan jenayah dalam tempoh itu antara 7 Jun 2019 dengan 2 Februari tahun ini.



Kes melibatkan suaminya Zulkeflei Mohamed Yatim, masih berlangsung.



Menggunakan penyangkut baju, dan playar, pasangan itu telah mengeluarkan baucar-baucar tersebut dari peti surat di estet kejiranan di Marsiling.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >