Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekilas

May 11, 2021 | 05:30 AM



Ujian swab di Lapangan Terbang Changi lepas 8 pekerja positif Covid-19



PARA pekerja Lapangan Terbang Changi tampil pagi semalam untuk menyertai satu operasi khas ujian Covid-19 bagi sekitar 9,000 pekerja lapangan terbang itu.



Ini berikutan empat pekerja dilaporkan dijangkiti Covid-19 kelmarin, menjadikan kes dalam kelompok Lapangan Terbang Changi berjumlah lapan.



Semua pekerja di terminal Lapangan Terbang Changi yang beroperasi akan diuji, kata Penerbangan Awam Singapura (CAAS) dan Changi Airport Group (CAG) malam kelmarin.



Kedai makan dan minuman serta runcit di besmen 2 Terminal 2 juga ditutup kepada awam hingga semalam, dan semua kakitangan juga harus diuji negatif bagi Covid-19 sebelum kedai mereka boleh dibuka semula.




Penghuni asrama di universiti S'pura ditawar vaksin Covid-19



KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) dan Kementerian Pendidikan (MOE) mengesahkan penghuni asrama akan ditawarkan vaksin Covid-19 kerana mereka menginap dalam sekitaran komunal dan berada dalam risiko lebih tinggi.



Minggu lalu, The Straits Times melaporkan beberapa pelajar dari Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dan Universiti Nasional Singapura (NUS) menerima kiriman mesej SMS daripada MOH menawarkan mereka suntikan vaksin Covid-19.



Mereka yang ditawarkan suntikan itu tinggal di kampus.



Kementerian itu berkata semalam ia sedang bekerjasama mengenai kemungkinan memberi keutamaan kepada penghuni asrama mengambil vaksin, sebab sekitaran komunal di asrama berpotensi menular dan merebakan virus dengan cepat.




Polis siasat lelaki guna kata-kata perkauman, tendang wanita tak pakai pelitup



POLIS sedang menyiasat satu kes mengenai seorang lelaki yang dikatakan menendang seorang wanita berumur 55 tahun di dadanya dan melaungkan kata berbaur perkauman kerana wanita itu tidak memakai pelitup ketika berjalan laju.



Wanita itu, Hindocha Nita Vishnubhai, seorang guru tuisyen privet, sedang berjalan pantas Jumaat lalu apabila beliau bertembung dengan lelaki tersebut.



Cik Nita, seorang warga Singapura berbangsa India, sedang berjalan dari stesen MRT Choa Chu Kang menuju ke stadium sekitar 8.30 pagi apabila serangan yang didakwa itu berlaku.



Ibu dua anak itu berkata beliau meletak pelitup di bawah hidungnya untuk elak sesak nafas kerana beliau berjalan dengan pantas, memakai baju tanpa lengan dan seluar trek.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >