Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekilas

May 29, 2021 | 05:30 AM



Pesalah campak najis ke arah pegawai polis tambahan dalam lokap



SEORANG pesalah berulang yang diberkas setelah mencuri barangan dari sebuah lori telah membuang air besar dalam satu cawan kertas semasa berada dalam lokap, dan mencampak najis itu ke arah seorang pegawai polis tambahan.



Sulaiman Abdul Majid Maricar, 34 tahun, semalam mengaku bersalah atas enam dakwaan bagi kesalahan termasuk menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang kakitangan awam, serta pencurian.



Pada 6 Oktober lalu, Sulaiman memasuki lori di sebuah tempat meletak kereta di Sembawang Crescent, dan mencuri barangan termasuk tiga telefon bimbit.



Pegawai memberkas Sulaiman pada 13 Oktober dan dia ditahan di sebuah lokap di Ibu Pejabat Divisyen Polis Woodlands.



Semasa dalam lokap keesokan harinya, dia diberi makanan dan minuman dalam cawan kertas.



Sulaiman kemudian membuang air besar di dalam cawan itu dan membuangnya ke arah pegawai polis tambahan yang sedang mengumpul sampah daripada individu dalam lokap itu.



Dia dibebaskan dengan ikat jamin pada keesokan harinya dan kemudian melakukan beberapa jenayah, termasuk mencuri motosikal di Marine Crescent pada 21 Oktober.




Pengimport didenda $3,500 kerana import sayur terlarang



SEBUAH pengimport sayur dan buah-buahan telah didenda $3,500 semalam bagi kesalahan mengimport sayur-sayuran segar secara terlarang untuk menjualnya.



Menurut satu kenyataan Agensi Makanan Singapura (SFA) semalam, pegawainya mengesan 250 kilogram sayur-sayuran segar yang tidak diisytiharkan dalam barangan yang diimport dari Malaysia oleh pengimport Pang Hoi Vegetables and Fruits Traders.



Semua barangan terlarang itu telah dirampas.



SFA mengingatkan bahawa barangan makanan yang diimport perlu memenuhi peraturan SFA.



"Makanan hanya boleh diimport oleh pengimport berlesen, dan setiap konsainan perlu diisytihar dan diiringi oleh permit import yang sah.



"Sayur-sayuran yang diimport secara terlarang tidak diketahui sumbernya dan mempunyai risiko keselamatan makanan (contohnya jika terdapat tahap racun perosak yang tinggi atau tidak dikawal)," kata SFA.



Pemakanan sayur-sayuran yang mempunyai banyak racun seperti ini boleh mempunyai kesan kepada kesihatan pada jangka masa yang panjang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >