Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekilas

Jul 27, 2021 | 05:30 AM



Jel, denda bagi penunggang motosikal yang sebabkan kemalangan maut, bersikap perkauman



Seorang lelaki warga Singapura yang menyebabkan kemalangan maut semasa menunggang motosikal dengan cara yang cuai dan menggunakan kekerasan ke atas orang lain dalam insiden berasingan telah dikenakan hukuman penjara 12 minggu dan denda $1,000.



Semalam, Muhammad Sadiq Syed Kadir, 29 tahun juga dilarang memandu sebarang kenderaan selama lima tahun.



Dia telah mengaku bersalah kepada lima tuduhan.



Dalam insiden pertama, dia melanggar seorang pejalan kaki warga tua pada 2018 yang meninggal dunia di hospital.



Pada tahun yang sama, dia menggunakan kekerasan terhadap seorang pemandu kereta selepas melanggar kereta itu di sebuah tempat meletak kereta.



Mahkamah diberitahu Sadiq berkelakuan agresif dan selain menggunakan kekerasan, juga melontar kata-kata berbaur perkauman ke atas pemandu kereta itu.




Lelaki 64 tahun mengaku salah aniaya sepasang adik-beradik secara seksual



Seorang lelaki berusia 64 tahun mengaku bersalah kepada empat tuduhan mengadakan perbuatan seks ke atas kanak-kanak berusia berusia 14 tahun.



Dia telah menyuruh sepasang adik-beradik lelaki dan perempuan yang tinggal berjiran dengannya untuk membuat perbuatan itu dan membayar mereka dengan wang antara $20 dengan $50 dan rokok.



Mahkamah diberitahu lelaki itu, yang tinggal seorang diri, mula menganiaya budak lelaki itu pada 2016, ketika dia berusia 13 tahun, sebelum mula menganiaya budak perempuan itu pada tahun selanjutnya.



Budak perempuan itu juga berusia 13 tahun pada ketika itu.



Kesemua yang terlibat tidak boleh dinamakan kerana perintah mahkamah untuk melindungi identiti kanak-kanak tersebut.



Sebelas lagi tuduhan akan diambil kira semasa lelaki itu dijatuhkan hukuman nanti.



Ini termasuk empat tuduhan menunjukkan video lucah kepada individu berusia bawah 21 tahun.




SIF lancar buku diplomasi awam



Yayasan Antarabangsa Singapura (SIF), pertubuhan tidak mencari keuntungan yang telah menjalin hubungan bukan pemerintah antara negara sejak tiga dekad lalu, telah melancarkan buku mengenai diplomasi awam semalam.



Buku berjudul Winning Hearts And Minds: Public Diplomacy In Asean itu menghimpunkan esei yang ditulis oleh diplomat, penyelidik dan pakar hubungan awam di Asean, yang antara lain membincangkan cara 10 negara Asean menyesuaikan kuasa dalam perihal ehwal luar, sementara membina identiti nasional masing-masing.



Semalam, beberapa penyumbang esei mengadakan perbincangan secara maya untuk membuka sidang Diplomasi Awam di Asia yang dianjurkan oleh SIF sehingga Jumaat ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >