Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekilas

Oct 06, 2021 | 05:30 AM



84% permohonan cerai di Mahkamah Syariah berakhir dengan perceraian



SEKITAR 1,600 daripada 1,900 - atau sekitar 84 peratus - permohonan bagi perceraian di Mahkamah Syariah setiap tahun secara purata antara 2016 hingga 2020 berakhir dengan perceraian.



Tiga punca utama perceraian pasangan Muslim dalam tempoh itu ialah kecurangan, masalah kewangan dan ditinggalkan, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli Masagos Mohamad semalam.



Beliau berkata demikian dalam satu jawapan bertulis di Parlimen untuk menjawab soalan Encik Faisal Manap (GRC Aljunied) yang meminta perangkaan tersebut.



Encik Masagos juga berkata Mahkamah Syariah menerima sekitar 3,300 pendaftaran bagi Program Kaunseling Perkahwinan secara purata setiap tahun dari tempoh 2016 hingga 2020.




S'pura luah keprihatinan kemasukan tanpa izin helikopter M'sia



KEMENTERIAN Ehwal Dalam Negeri (MHA) Singapura telah meluahkan keprihatinan kepada pihak Malaysia mengenai kemasukan tidak sah sebuah helikopter polis negara jiran itu ke ruang udara Singapura pada 11 September lalu.



Menteri Pertahanan Ng Eng Hen berkata demikian dalam jawapan bertulisnya kepada Encik Dennis Tan (Hougang) di Parlimen semalam.



Dr Ng berkata helikopter itu sedang terbang ke arah tenggara menghala Tanjung Pengelih di selatan Johor apabila ia memasuki ruang udara di bahagian timur Pulau Tekong tanpa kebenaran.



"Apabila helikopter itu menghampiri, RSAF telah memberi arahan kepadanya untuk keluar dari ruang udara kami, tetapi tiada jawapan. Pesawat F-16 segera dikerah untuk menyiasat.



"Setelah menentukan bahawa keselamatan tidak terjejas, pesawat F-16 dibawa turun," ujar Dr Ng, yang menambah bahawa RSAF memberi respons kepada lebih 350 insiden sedemikian setiap tahun.




Inspektor jeneral pertama SAF dipilih untuk selia prasekolah didapati calon paling sesuai



BEBERAPA calon berkelayakan telah dipertimbang bagi jawatan ketua pegawai eksekutif Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (Ecda), kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Encik Tan Chee Wee, yang merupakan inspektor jeneral pertama di Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), dinilai sebagai paling sesuai antara beberapa calon.



Encik Tan berpengalaman dalam sektor sosial, dan pernah berkhidmat di Kementerian Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan pada 2006 hingga 2008.



Di kementerian itu, mantan brigadier jeneral di SAF itu menyelia perancangan perkhidmatan sosial dan pembangunan sektor khidmat sosial, kata Encik Masagos dalam satu jawapan bertulis kepada soalan Cik He Ting Ru (GRC Sengkang) di Parlimen semalam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >