Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekilas

Nov 02, 2021 | 05:30 AM



Banduan bakal bebas boleh sertai kegiatan pendidikan, latihan siap tenaga kerja



BANDUAN yang hampir selesai menjalani hukuman penjara tidak lama lagi mungkin boleh mengambil bahagian dalam kegiatan pendidikan dan latihan untuk mempersiapkan mereka menyertai tenaga kerja.



Skim Persiapan Pekerjaan (EmPS) itu merupakan antara pindaan utama dalam Rang Undang-Undang Penjara (Pindaan) 2021 yang diperkenalkan di Parlimen semalam.



Ia bertujuan mempertingkat pemulihan dan penyepaduan semula banduan ke dalam masyarakat setelah dibebaskan.



Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) berkata skim baru yang diusulkan itu akan menggantikan Skim Pelepasan Kerja (WRS).



Dalam satu catatan Facebook semalam, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, berkata:



"EmPS akan membantu banduan mempertingkat daya kerja mereka dengan membolehkan mereka melalui latihan kemahiran dan pendidikan - di samping bekerja - di luar penjara dan dalam masyarakat.



"Dengan cara ini, kami membantu mereka mempertingkat kemahiran untuk pekerjaan lebih baik agar mereka tidak terjerumus semula ke dalam jenayah disebabkan cabaran dalam mencari pekerjaan yang berhasil."



MHA berkata di bawah undang-undang semasa bagi WRS, banduan hanya boleh dilepaskan dari penjara untuk bekerja, dan bukan bagi kegiatan pendidikan atau latihan.



Ia menambah bahawa di bawah EmPS, banduan akan dibenarkan menjalani latihan di samping bekerja dalam masyarakat untuk membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan dengan lebih baik.



Semua banduan yang layak akan dinilai Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) untuk melihat jika mereka sesuai bagi EmPS.




MAS usul mekanisme baru mudahkan pemindahan rizab asing



PERUBAHAN telah diusulkan kepada Akta Penguasa Kewangan Singapura (MAS) untuk menyediakan mekanisme baru bagi mempermudahkan pemindahan rizab asing rasmi kepada pemerintah bagi pengurusan jangka panjang oleh firma pelaburan dana pemerintah GIC.



Pindaan itu, yang diperkenalkan di Parlimen semalam, akan memberi kuasa kepada MAS untuk mendapatkan Sekuriti Pemerintah Pengurusan Rizab (RMGS) yang dikeluarkan pemerintah.



Sekuriti itu akan mempermudahkan pemindahan rizab asing rasmi MAS yang melebihi apa yang diperlukan bagi melaksanakan dasar kewangan dan memastikan kestabilan kewangan kepada pemerintah bagi pengurusan jangka panjang oleh GIC.



Jumlah rizab asing rasmi yang dipindahkan kepada pemerintah adalah mengikut budi bicara bank pusat itu, yang juga mempunyai budi bicara menebus RMGS bagi aset asing sebelum matang dan tanpa penalti.



Buat masa ini, pemindahan rizab asing rasmi MAS dipermudahkan dengan pengurangan dalam deposit tunai dolar Singapura pemerintah dengan MAS sebagai pertimbangan.



Namun, mekanisme pemindahan ini semakin menghadapi cabaran kerana pengumpulan rizab asing rasmi MAS secara berterusan menjangkau pertumbuhan deposit pemerintah sejak beberapa tahun lalu.



Rang undang-undang itu akan membolehkan jumlah pokok tranche RMGS yang matang dilaburkan semula ke dalam tranche RMGS baru jika jumlah pokoknya tidak diperlukan MAS untuk menyokong pelaksanaan dasar kewangan atau kestabilan kewangan, dan pemerintah bersetuju berbuat demikian.



RMGS boleh digunakan hanya untuk mempermudahkan pemindahan dan tidak boleh digunakan bagi perbelanjaan pemerintah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >