Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Sekilas

Nov 03, 2021 | 05:30 AM



S'pura pelbagaikan sumber import bagi kurangkan tekanan kenaikan harga



Bagi mengurangkan tekanan kenaikan harga melibatkan produk penting, Singapura telah mempelbagaikan sumber import, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong.



Langkah itu juga diharap dapat menggalak daya saing harga.



Bagi barangan harian, pengguna boleh menggunakan aplikasi 'Price Kaki' yang diperkenalkan oleh Persatuan Pengguna Singapura (Case) bagi membandingkan harga makanan di pusat penjaja dan harga keperluan harian.



Selain itu, pemerintah akan terus membantu keluarga berpendapatan rendah melalui bantuan ComCare.



Beliau berkata demikian dalam kenyataan bertulis sebagai menjawab soalan beberapa Anggota Parlimen (AP) dalam memastikan harga barangan keperluan harian kekal rendah akibat berlakunya gangguan rantaian bekalan.



Dalam jawapan bertulis, Menteri Pengangkutan, Encik S. Iswaran turut menyentuh mengenai gangguan bekalan sejagat.



Beliau menambah negara ini sedang meneliti perkembangan itu dan telah bekerjasama dengan para peniaga bagi menyokong usaha mereka dalam mengurangkan gangguan rantaian bekalan.



Bagi produk penting seperti makanan, pemerintah telah melaksanakan pendekatan pelbagai bilang bagi mempelbagaikan sumber produk.



Kini, Singapura mengimport makanan dari 170 negara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >