Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Sekilas: Penyelidik kini kaji faktor kelewatan bahasa kanak-kanak

Aug 03, 2022 | 05:30 AM



Penyelidik kini kaji faktor kelewatan bahasa kanak-kanak



PENYELIDIK sedang mengkaji cara mengenal pasti faktor risiko kelewatan bahasa - yang boleh mempengaruhi kebolehan kanak-kanak membaca, menulis dan belajar - dalam kalangan warga Singapura yang belajar bahasa Melayu dan Tamil, kata Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing.



Beliau berkata penyelidik itu sebelum ini bekerjasama dengan Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*Star) untuk mengkaji bagaimana kanak-kanak memperoleh bahasa dan terbuka untuk bekerjasama dengan rakan kerja masyarakat seperti Yayasan Mendaki.



Encik Chan berkata demikian semasa menjawab pertanyaan bertulis Encik Muhamad Faisal Abdul Manap (GRC Aljunied).



Lebih $163j Baucar CDC diguna hingga 19 Julai



LEBIH $163 juta telah dibelanjakan menggunakan Baucar CDC tahun lalu dan tahun ini, hingga 19 Julai lalu. Daripada jumlah itu, $27.7 juta atau 16.6 peratus daripada baucar dibelanjakan di 2,800 gerai di 677 kedai kopi, menurut Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong.



"Kami terdorong dengan maklum balas positif yang diterima berhubung skim itu daripada warga Singapura, dengan kebanyakan mereka mendapati Baucar CDC itu mudah untuk digunakan," ujar beliau.



CNB sampaikan mesej bahaya dadah melalui pelbagai wadah



BIRO Narkotik Pusat (CNB) menyampaikan mesej bahaya dadah dan undang-undang Singapura berkaitan dadah kepada orang ramai menerusi pelbagai wadah.



Ini termasuk menerusi nasihat yang diterbitkan di laman web dan wadah media sosial CNB serta taklimat bagi pelajar yang bakal menyertai program pertukaran di luar negara.



Malah menurut Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, CNB turut menyesuaikan maklumat dan program pendidikan pencegahan dadah bagi sekolah dan mereka yang berada dalam kedudukan yang mempunyai pengaruh ke atas belia seperti ibu bapa, kaunselor, pendidik, duta belia dan komander Perkhidmatan Negara (NS).



Beliau berkata demikian semasa menjawab pertanyaan Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang) tentang langkah yang diambil Singapura untuk melindungi belia atau pelajar Singapura yang akan keluar negara, dengan langkah Thailand membenarkan penjualan ganja.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >